Pemain Drama Bidadari Salju
Info Drama Bidadari Salju
Nantikan drama adaptasi novel Bidadari Salju karya Mia Kiff di slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Adam Lee dan Sweet Qismina. Drama bersiri 28 episod arahan Riza Baharudin.
Drama Bidadari Salju ditayangkan bermula 15 Disember 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.
Judul : Bidadari Salju
Episod : 28
Tarikh Tayangan : 15 Disember 2020
Waktu Siaran : Isnin-Jummaat, 7:00 Malam
Siaran Tv : Slot Akasia Tv3
Penulis Skrip : Pgrs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra
Pengarah : Muhamad Riza Baharudin
Produksi : Primeworks Studis & A.Aida Production
Pemain Bidadari Salju : Sweet Qismina, Adam Lee, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong, Jaja Iliyes, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Lisdawati, Lan Zailan, Silfeny Osman, Aqil Taqeeuddin, Siti Khadijah , Nizam Kama, Ainaa Azhari, Puteri A'teeqah, Damia Qaissarah
Pemain Bidadari Salju
Adam Lee Berlakon Sebagai Hariz
Sweet Qismina Berlakon Sebagai Kayra
Jasmine Suraya Berlakon Sebagai Jeanny
Chacha Maembong Berlakon Sebagai Dania
Fimie Don Berlakon Sebagai Naufal
Jaja Iliyes Berlakon Sebagai Anita
Zaki Azeman Berlakon Sebagai Aiman
Syazuwan Hassan Berlakon Sebagai Raqib
Nazrief Nazri Berlakon Sebagai Wan Hakimi
Siti Khadijah Halim Berlakon Sebagai Marissa
Zulkifli Ismail Berlakon Sebagai Tuan Azman
Lisdawati Berlakon Sebagai Puan Fauziah
Rosnah Johari Berlakon Sebagai Mariam
Lan Zailan Berlakon Sebagai Ilias
Lagu Tema / Ost Drama Bidadari Salju
Mimpi - Haqiem Rusli
Pewangi - Zali Rusli
Suratan Luka - Muna Shahirah
Sinopsis Drama Bidadari Salju
Mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari.
Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung.
8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan.
Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan.
Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya. Mereka berkahwin tetapi perkahwinan mereka diuji apabila Hariz ditangkap diatas katil dengan sepupunya sendiri, Jeanny.
Post a Comment for "Pemain Drama Bidadari Salju "