Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard

Info Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard


Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard



Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard - Nantikan drama adaptasi novel Kekasih Hati Mr Bodyguard karya Ateen Khalid di Slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan baru Redza Rosli dan Sharifah Rose. 

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Creative Skill Solution, diarahkan oleh Nizam Zakaria. Bakal menemui penonton pada 15 Mei nanti.


Judul : kekasih hati mr bodyguard

Episod :  20

Tarikh tayangan : 15 mei 2021

Waktu siaran : rabu–sabtu, 9.00 malam

Siaran tv : slot lestary tv3

Penulis novel : ateen khali

Penulis skrip : nieza nahar, hayati ahmad

Pengarah : nizam zakaria

Produksi : creative skill solution

Pelakon : Redza Rosli, Sharifah Rose, Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin, Lana Nordin, Shasha Abedul, Ikhwan Khairudin, Ezzanie Jasny, Sara Jasmin, Munir, Karl, Aishah Atan


Kekasih Hati Mr Bodyguard Pelakon

kekasih hati mr bodyguard cast


Redza Rosli Berlakon Sebagai Hadif Akashah

Sharifah Rose Berlakon Sebagai Hana Aralyn

Ungku Hariz Berlakon Sebagai Naim

Fadlan Hazim Berlakon Sebagai Farel Rizhan

Lisdawati Berlakon Sebagai Puan Latifah

Shasha Abedul Berlakon Sebagai Najwa

Ikhwan Khairudin Berlakon Sebagai Idlan

Putera Karl Berlakon Sebagai Umar

Ezzanie Jasny Berlakon Sebagai Lola 

Munir Berlakon Sebagai Nizam


Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard

kekasih hati mr bodyguard sinopsis


Hana Aralyn menjejaki Hadif Akashah, seorang bekas pengawal peribadi, untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya Datuk Yusof kepadanya. Aralyn berjumpa dengan Hadif yang menjadi penternak kambing di kampungnya. 


Aralyn cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Dia sanggup mengekori Hadif ke mana-mana saja dan turut menolongnya dalam kerja-kerja ladang. Mereka berdua sering bertelagah namun lama-kelamaan perasaan cinta mula hadir dalam hati masing-masing. 


Sinopsis Novel Kekasih Hati Mr Bodyguard

Bukan mudah untuk Hana Aralyn penuhi permintaan ayahnya. Misinya mencari dan mendekati lelaki bernama Hadif Akashah sememangnya perlukan kesabaran yang tinggi. Perangai lelaki itu boleh buat dia pening. Namun, putus asa tidak sama sekali. Biar Hadif pening dengan perangainya pulak.


“Macam mana saya tau rumah awak, saya tak boleh bagitau. Tapi, yang saya boleh cakap awak akan tatap muka ni mulai hari ini. Okey?” – Hana Aralyn


Kemunculan Aralyn benar-benar telah porak-perandakan hidup Hadif. Sudahlah tak tahu malu, ibunya pun bukan main sebelahkan perempuan itu. Kecil hati dia!


“Dia calit minyak apa-apa ke kat ibu masa Hadif tak ada tadi? Mesti dia ada tanam benda dekat depan rumah kita ni.” – Hadif Akashah


Bila Aralyn dapat tahu Hadif pernah bekerja sebagai bodyguard, dia terkejut. Iyelah, perwatakannya memang sejenis manusia sombong yang pentingkan diri. Pakaian pula usah dikata, baju koyak pun lelaki itu bedal. Langsung tak ada bercirikan seorang Mr Bodyguard!


Tapi lama-kelamaan, sisi baik dan hebatnya seorang Hadif Akashah terserlah sedikit demi sedikit membuatkan hati Aralyn tercuit. Namun, saat Aralyn tahu kebenarannya, Aralyn takut. Bagi Aralyn rahsia yang disimpan oleh Hadif memang tidak mampu menyatukan cinta mereka. Dia perlu lari menjauhi Hadif walaupun hatinya tak rela. Hadif pasti membencinya! Dan… telahannya benar, Hadif telah membencinya di saat cinta sedang sarat di hati mereka….


Akan tetapi, adanya Hadif di sisi Aralyn telah menakutkan musuh di sekeliling Aralyn tanpa wanita itu sedari. Namun, adakah Hadif tega membiarkan Aralyn bersendirian menghadapi bahaya? 


Kekasih Hati Mr Bodyguard Episod 1

Aralyn, Erwan, dan Farel merupakan tiga beradik yang tinggal bersama ibu-bapa mereka. Pada suatu hari, mereka tiga beradik sedang gaduh-gaduh manja, tiba-tiba, Datin Izzah datang dengan wajah panik. Ayah mereka, Dato’ Yusof kemalangan. Bergegas mereka ke hospital untuk melawat ayah mereka. Di hospital, Dato’ Yusof dalam keadaan tak bermaya, menyedari keadaan keluarganya yang terancam telah membuat keputusan menyuruh Aralyn mencari seorang lelaki bernama Hadif. Namun dia merahsiakan plannya itu dari pengetahuan keluarganya termasuk Aralyn.


Kekasih Hati Mr Bodyguard Episod 2

Puan Latifah imbas saat Aralyn muncul dan menegurnya. Walaupun tak kenal, tapi Puan Latifah layan Aralyn dengan ramah. Mulanya, mati-mati Aralyn mengaku yg dia bekas kekasih Hadif. Tapi Puan Latifah lebih faham dan percaya anaknya walaupun banyak perkara yg Hadif rahsiakan dari pengetahuannya. Dan disebabkan dia nak sangat tahu masalah Hadif, Puan Latifah terpaksa berpakat dengan Aralyn. Puan Latifah minta Aralyn terus-terang tujuan kedatangannya. Maka Aralynpun cerita hal yg sebenarnya. Dia nak sangat tahu tujuan ayahnya suruh sedemikian. Cuma yang menjadi kemusykilannya kenapa Hadif yg dia jumpa ini berbeza sekali dengn Hadif di dalam gambar? Puan Latifah tertawa.


Kekasih Hati Mr Bodyguard Episod 3

Hubungan Aralyn dan Hadif bertaut ibarat menarik tali. Marah-marah, gaduh-gaduh, tapi tak boleh kalau salah sorang takde. Hadif juga sikit demi sikit nampak lembut dgn Aralyn walaupun masih annoying. Najwa rasa tergugat dgn kehadiran Aralyn di rumah Hadif. Apalagi bila dia diberitahu yg Aralyn adalah bekas kekasih Hadif.


Kekasih Hati Mr Bodyguard Episod 4

Kemunculan lembaga hitam membuatkan Aralyn Tersentak. Aralyn makin mengundur. Seperti fobia. ‘Lembaga hitam’ makin mendekati. Aralyn menjerit, tutup mata dan tersalah langkah ke belakang sampai terlentang jatuh. Rupanya ‘lembaga hitam’ itu adalah Hadif yg cuba takutkan Aralyn. Namun, bila Aralyn terjatuh, dia rasa bersalah lalu terus periksa keadaan Aralyn. Lebih kecoh bila Pn Latifah keluar dari bilik. Tak pasal-pasal Hadif sahur bebelan ibunya pagi tu. Hadif akui yg dia berniat nak bergurau. Dia tahu Aralyn hendap dia mengaji tadi. Tapi tak sangka jadi macam tu. Mujur Aralyn maafkannya sebab dia yg fobia. Rupanya dia pernah alami peristiwa rumah dimasuki penyangak suatu ketika dulu.


Kekasih Hati Mr Bodyguard Episod 5

Fatiha masih pujuk Najwa. Katanya, jangan menangis dan mengalah. Kalau betul Aralyn penghalang cintanya pada Hadif, Najwa perlu buktikan yg dia terbaik buat Hadif. Fatiha yakin kedatangan Aralyn sekadar nak perhatian Hadif. Hadif kan tokey kambing. Tapi Najwa tak rasa Aralyn gilakan harta Hadif. Kereta dan penampilannya, menampakkan Aralyn orang berada. Najwa merasakan yang Hadif benci dia. 


Kekasih Hati Mr Bodyguard Episod 6

Idlan marah Nizam sebab hantar samseng ‘taik kucing’ untuk kidnap Aralyn. Nizam cakap, samseng upahannya dah usyar cantik sebab ketika itu Aralyn sendirian. Mereka ekori Aralyn dari rumah. Entah macam mana, ada sorang lelaki muncul tolong Aralyn. Idlan menduga, adakah Hadif? Nizam tak boleh confirm sebab samsengnya tak nampak sangat dalam gelap dan tak kenal. Idlan sangsi, kenapa dia rasa seperti Hadif bakal menyusahkan  kerja mereka?


Kekasih Hati Mr Bodyguard Episod  7

Umar minta bantuan Hadif hantarkan ibunya ke hospital. Hadif suruh Umar balik segera dan sediakan segala peralatan untuk ibunya masuk hospital, sementara dia akan balik ambil kereta. Hadif terkejut bila Aralyn nak ikut. Siap tawarkan Hadif bawa keretanya lagi. Mulanya Hadif tak bagi. Dia tahu apa tujuan Aralyn ikut. Tapi kerana situasi cemas, dia terpaksa akur kehendak Aralyn. Hadif pinjam motor Naim supaya perjalanan baliknya ke rumah lebih cepat. Nak tak nak, dia kena bawa Aralyn sekali. Sebaik saja motor mereka keluar dari situ, Najwa pula tiba dgn bekalan makanan untuk Hadif. Melihatkan Hadif tak perdulikannya, dia tanya ke mana mereka nak pergi, pada Naim. Najwa terus cuak lihat Aralyn & Hadif naik motor sama.


Kekasih Hati Mr Bodyguard Episod 8

Hadif, Naim & Umar bergegas dekati Aralyn, cemas. Memandangkan Aralyn tak boleh bangun, mereka sama-sama angkat dia, bawa balik. Najwa sorang saja terpinga-pinga pandang mereka. Rasa terpinggir. Mereka lebih pentingkan Aralyn. Fatiha pula muncul, nampak tunangnya sama angkat Aralyn. Fatiha bengang, apa pentingnya Naim nak angkut Aralyn? Dia nak bergegas dapatkan Naim, tapi Najwa tarik tangannya, menghalang. Fatiha tak senang hati. Tunang dia yg angkut orang lain tu. Takkan dia nak biar. Najwa suruh Fatiha rasional. Jangan nak ikut rasa cemburunya saja. Situasi sedang cemas. Aralyn jatuh. Najwa mahu Fatiha kompromi.


Kekasih Hati Mr Bodyguard Episod 9

Aralyn bertemu Che Lola lagi di kedai. Dia terkejut bila Che Lola maklumkan yg Hadif bakal nikah dgn Najwa. Sedangkan Pn Latifah dan Hadif tak cerita apapun dgn dia. Najwa pula muncul dan minta Che Lola jangan malukan Aralyn sebegitu. Dan Najwa siap ‘basuh’ lagi Che Lola sebab tak habis-habis sebarkan kisah dia dgn Hadif sejak dulu. Merah padam muka Che Lola kena sound setepek dengan Najwa.


Foto Pelakon Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard


Kekasih hati mr bodyguard

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard

kekasih hati mr bodyguard

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard


Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard
Kekasih Hati Mr Bodyguard


Behind The Scene Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, kekasih hati mr bodyguard episode 1
jam tayang kekasih hati mr bodyguard, kekasih hati mr bodyguard episode 2, perisik cinta tak diundang, download kekasih hati mr bodyguard, kekasih hati mr bodyguard episode 11, kekasih hati mr, bodyguard episode 16, sinopsis mr bodyguard

Post a Comment for "Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard"