Sinopsis Drama Lelaki Pendosa
Drama Lelaki Pendosa
Nantikan Drama Lelaki Pendosa adaptasi novel 'Imamku Lelaki Pendosa' karya Umie Nadzimah bakal ditayangkan di TV3.
Drama Lelaki Pendosa enampilkan gandingan Aaron Aziz dan Sophia AlBarakbah. Drama arahan Eyra Rahman, terbitan Global Station Sdn Bhd.
Judul : Lelaki Pendosa
Episod : 28
Tarikh Tayangan : -
Waktu Siaran : -
Siaran Tv : Slot Akasia Tv3
Penulis Skrip : Siti Jasmina, Ctna Marzuki
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pelakon : Aaron Aziz, Sophia AlBarakbah, Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Aleza Shadan, Maria Farida, Edika Yusof, Hafeez Mikail, Anne Abdullah, Ungku Hariz, Kael, Annie Mosha, Faez Malek, Fiza Thomas, Ieda Moin, Betty Banafee, Auni Zahra.
Watak Pelakon Drama Lelaki Pendosa
- Aaron Aziz Berlakon Sebagai Dean Ilyas
- Sophia AlBarakbah Berlakon Sebagai Cahaya Malaika
- Shima Anuar Berlakon Sebagai Anggun Dania
- Gambit Saifullah Berlakon Sebagai Izfairin
- Fauzi Nawawi Berlakon Sebagai Firdaus
- Maria Farida Berlakon Sebagai Datin Junaidah
- Aleza Shadan Berlakon Sebagai Wahidah
- Edika Yusof Berlakon Sebagai Dato Seri Afnan
- Hafeez Mikail Berlakon Sebagai Hael Idris
- Faez Malek Berlakon Sebagai Jerry
- Fiza Thomas Berlakon Sebagai Maya
- Kael Berlakon Sebagai Nik Safri
- Annie Mosha Berlakon Sebagai Balqis
Sinopsis Lelaki Pendosa Drama Lelaki Pendosa
Kisah Dean Ilyas yang tampak sempurna namun cenderung kepada homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis. Dean cuba berubah dengan bantuan dan sokongan isterinya Cahaya Malaika.
Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu.
Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina Berlakon Sebagai anak tak sah taraf!
Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain?
Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya Berlakon Sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.
Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.
Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja.
Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.
Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya Berlakon Sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya.
Tapi bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu.
Mampukah kedua-duanya menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?
Penelusuran terkait drama lelaki pendosa: novel imamku lelaki pendosa, drama melayu 2021, Lelaki pendosa episod 1, senarai drama melayu, drama malaysia astro ria, drama ramadani tv3, drama melayu bidadari salju, drama melayu terbaru.
Post a Comment for "Sinopsis Drama Lelaki Pendosa "