Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sinopsis Drama Love Elsa

Sinopsis Drama Love Elsa


Saksikan drama adaptasi novel Love Elsa karya Acik Lana akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria. Drama Love Elsa menampilkan gandingan pelakon Zul Ariffin dan Uyaina Arshad. Drama terbitan Juita Viden diarahkan oleh Michael Ang. Love Elsa bersiaran mulai 15 Jun, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria. 


Info Drama Love Elsa

Judul : Love Elsa

Episod : 24

Tarikh Tayangan : 2021

Siaran Tv : Slot Megadrama (Astro Ria)

Penulis Skrip : Nadia Khan, Mamu Vies

Penulis Novel : Acik Lana

Pengarah : Michael Ang

Produksi : Juita Viden Sdn Bhd

Pelakon : Zul Ariffin, Uyaina Arshad, Azhar Amir, Ramona Zamzam, Zeera Azizi, Mona Allen, Riz Amin, Nasz Sally, Iman Suhana, Ikhram Juhari, Nik Adam Mika, Ku Fridah, Zalfazin


Watak Pelakon Drama Love Elsa


Zul Ariffin Berlakon Sebagai Ridza

Uyaina Arshad Berlakon Sebagai Ammara

Riz Amin Berlakon Sebagai Kamarul

Ramona Zamzam Berlakon Sebagai Ramona

Badrul Muhayat Berlakon Sebagai Elyas

Ku Faridah Berlakon Sebagai Nenek Ammara

Zeera Azizi Berlakon Sebagai Sofea

Ikhram Juhari Berlakon Sebagai Imran

Azhar Amir Berlakon Sebagai Tuan Zamir

Mona Allen Berlakon Sebagai Madam Qistina

Iman Suhana Berlakon Sebagai Hamidah 

Nasz Sally Berlakon Sebagai Habsah

Mustapha Kamal Berlakon Sebagai Wahid



Sinopsis Drama Love Elsa

Kisah Ammara, seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara ke masa silam orang yang disentuhnya. Kesannya Ammara akan jatuh sakit selepas berlaku sentuhan. 

Disebabkan penyakit misteri ni, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya. Ammara kemurungan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dan disisihkan oleh ayahnya sendiri.

Kemunculan Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya, mengubah hidup Ammara. Tanpa sengaja Ammara tersentuh Ridza Kim dan melihat masa silam lelaki itu. Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza Kim dan lahirnya perasaan cinta.


Sinopsis Love Elsa Episod 1

Ammara mempunyai penyakit misteri dan membesar sebagai gadis seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Ridza pula hidup dibelengu kisah silam apabila emaknya dijumpai mati bunuh diri


Sinopsis Novel Love Elsa

Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. ‘Allergic’ yang dihidapi telah mengubah kehidupannya secara total.


Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia?


Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang!


Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.

.

Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada.

.

“I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” ~ Ammara

.

“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” ~ Ridza Kim

.

Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya.

.

Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya.

.

Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim? Dan sanggupkah lelaki itu menerima dirinya bila mereka ‘dipantang’ untuk saling bersentuhan?


Drama Love Elsa Episod 24



Foto Pelakon Drama Love Elsa


Sinopsis Drama Love Elsa

Sinopsis Drama Love Elsa

Sinopsis Drama Love Elsa

Sinopsis Drama Love Elsa

Sinopsis Drama Love Elsa

Sinopsis Drama Love Elsa

love elsa drama malaysia

love elsa drama malaysia

love elsa drama malaysia

love elsa drama malaysia


love elsa drama malaysia

love elsa drama malaysia

love elsa drama malaysia

love elsa drama malaysia

love elsa drama malaysia

love elsa drama malaysia



Post a Comment for "Sinopsis Drama Love Elsa"