Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Info Drama Rindu Awak Separuh Nyawa


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria
Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria



Drama Rindu Awak Separuh Nyawa merupakan Drama adaptasi dari novel yang bertajuk'Rindu Awak Separuh Nyawa' karya Siti Rosmizah. 


Menampilkan gandingan Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose. Drama bersiri 40 episod arahan Along Kamaludin, terbitan syarikat produksi SR One Sdn Bhd. 


Drama Rindu Awak Separuh Nyawa bakal menemui penonton mulai 23 Mac 2021 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).


Judul : Rindu Awak Separuh Nyawa

Episod : 40

Tarikh Tayangan : 23 Mac 2021

Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 Malam

Siaran Tv : Slot Megadrama Astro Ria & Ria Hd

Penulis Skrip : Rozie Rashid & Amka Ahmad

Penulis Novel : Siti Rosmizah

Pengarah : Jamal Khan, Along Kamaludin

Produksi : Sr One Sdn Bhd

Pelakon : Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha Milan, Norreen Iman, Fizo Omar, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Rahim Jailani, Khaty Azean, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya


Watak Pelakon Drama Rindu Awak Separuh Nyawa


Shukri Yahaya Berperan Sebagai Nazril Nazim 

Uqasha Senrose Berperan Sebagai Kasih Maisara

Marsha Milan Berperan Sebagai Nurul Huda

Fizo Omar Berperan Sebagai Aidil

Norreen Iman Berperan Sebagai Qistina

Aida Khalida Berperan Sebagai Puan Norida

Ikhlas Jalil Berperan Sebagai Izzudin

Rahim Jailani Berperan Sebagai Dato Halim

Khaty Azean Berperan Sebagai Datin Khadijah 

Khairil Anwar Aman Berperan Sebagai Dato Raqib

Noorkhiriah Berperan Sebagai Kak Munah 

Aleza Shadan Berperan Sebagai Kak Esah

Fauzi Nawawi Berperan Sebagai Kasim

Farouk Hussain Berperan Sebagai Kader Salimm

Farah Nadia Berperan Sebagai Fatin 

Farez Ridzwan Berperan Sebagai Agil

Fareez Fauzi Berperan Sebagai Malik

Balkisyh Semundur Khan Berperan Sebagai Jah Kelip

Fiza Thomas Berperan Sebagai Sally

Munira Iwan Berperan Sebagai Azminda

Mak Wan Latah Berperan Sebagai Mak Cik Bibah

Silfeny Osman Berperan Sebagai Anis 

Puteri Rafasya Berperan Sebagai Mah 


Lagu Tema (Ost) Rindu Awak Separuh Nyawa


Lagu : Rindu Separuh Nyawa

Penyanyi : Naqiu, Vanessa Reynauld

Komposer : Naqiu, Wit & Mohsen 

Lirik : Siti Rosmizah

Link Muzik Video 


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa


Maisara menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib, kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. 


Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil, anak lelaki kepada sahabat baik bapanya Berperan Sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya.


Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.


Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim yang sedang menunggang motorsikal. 

Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya AidiL.


tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. 


Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. 


Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.


Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda, gadis sekampung Nazril Berperan Sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar.


Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara Berperan Sebagai isterinya. 

Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. 

Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. 

Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah.


Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka.


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 1


Hubungan Kasih Maisara dan papanya Dato Raqib mula tegang selepas pemergian mamanya. Untuk membalas segala rasa marah dan sakit hatinya kepada Dato Raqib.


Maisara membatalkan majlis pertunangannya bersama Aidil membuatkan Dato Raqib malu kepada keluarga Aidil lebih-lebih lagi, Maisaralah yang mahu bertunang dengan Aidil.


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 2


Hubungan Maisara dengan seorang pelajar lelaki bernama Nazril semakin tegang. Maisara semakin bengang bila Nazril sama tidak mahu mengalah. Sally mencabar Maisara untuk memikat Nazril. Maisara yang pantang dicabar, menyahut cabaran itu.


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 3


Nazril bertemu Aidil setelah kejadian Maisara menyatakan cintanya. Dia sendiri malu dengan kejadian itu apabila ramai mata melihat adegan itu. Maisara terus mengganggu Nazril dengan panggilan telefon yang akhirnya emak Nazril yang menjawab panggilan itu dan Maisara tanpa segan silu mengatakan dia mahu berkahwin dengan Nazril.


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 4


Nazril masih was-was dengan Maisara, dia dapat merasakan kemungkinan Maisara hanya ingin membalas dendam sahaja. Qistina yang menyaksikan semua usaha Maisara mendapatkan Nazril semakin jelak kerana dia sendiri ‘loya’ melihat lakonan Maisara.


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 5


Maisara terlantar dihospital setelah kejadian dilanggar motor. Nazril lah yang menghantar Maisara ke hospital dan juga menghubungi Dato Raqib. Nazril terdengar perbualan antara Maisara dan Dato Raqib. Ada sesuatu yang bermain difikiran Nazril, kerana dari kata-kata Maisara, ada sesuatu rahsia yang disimpan bersama Dato Raqib.


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 6


Maisara kelihatan kurang senang apabila semua orang mengatakan dia bertuah menjadi isteri Nazril. Nazril pula rasa bersalah kerana merahsiakan perkahwinan itu dari keluarganya dan memungkiri janjinya.


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 7


Nazril tidak putus asa menunjukkan kasih sayangnya sejak mereka bersama, tetapi Maisara lebih berjaga-jaga supaya tidak 'tewas' dengan Nazril. Maisara bengang kerana Nazril membawanya ke rumah sewa Nazril.


Gambar Pelakon Drama Rindu Awak Separuh Nyawa


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria


Post a Comment for "Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Astro Ria"