Sinopsis Masih Ada Rindu
Masih Ada Rindu - Saksikan drama yang bertajuk Masih Ada Rindu diinspirasikan daripada novel karya dari Mimie Afinie. Drama Masih Ada Rindu menampilkan gandingan Farid kamil dan Mimi Lana. Diarahkan oleh Osman Ali. Bakal bersiaran di slot Akasia TV3.
Info Drama Masih Ada Rindu
Judul : Masih Ada Rindu
Episod : 16
Tarikh Tayangan : 2 Juni 2021
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 Malam
Siaran Tv : Slot Akasia Tv3
Penulis Novel : Mimie Afini
Penulis Skrip : Naza Manas
Pengarah : Osman Ali
Produksi : Nuansa Sdn Bhd
Pelakon Masih Ada Rindu
Farid kamil, Mimi Lana, Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Sri Idrina, Nurulazia
Watak Pelakon Masih Ada Rindu
Farid kamil Berlakon Sebagai Hadi
Mimi Lana Berlakon Sebagai Nurul Syafika
Halim Radzi Berlakon Sebagai Imran
Dayang Areeda Berlakon Sebagai Nasya
Fahmi Reza Berlakon Sebagai Badrul
Aishah Ilias Berlakon Sebagai Syazwani
Kuna Muzani Berlakon Sebagai Zaleha
Sinopsis Masih Ada Rindu
Nurul Syafika mendirikan rumahtangga bersama Lukman Hakim walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha. Namun kebahagian mereka hanya sekejap, Hakim pergi meninggalkan Syafika buat selamanya. Tanpa diduga, selepas pemergian Hakim barulah Syafika menyedari dirinya berbadan dua.
Kelahiran Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan ini dikongsi bersama ibu dan ayah mertuanya dan Luqman Hadi yang telah jatuh cinta pada adik iparnya itu.
Hadi menyatakan perasaan kepada Syafika. Namun, Syafika masih belum pasti perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam.
Suatu kejadian membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi.
Sinopsis Novel Masih Ada Rindu By Mimie Afinie
MASIH terasa manisnya detik bulan madu pabila secara tiba-tiba Hakim pergi meninggalkannya. Pergi begitu sahaja, tanpa pamitan tanpa sebarang pesan. Lalu kepada siapa lagi harus dia bergantung harap? Kepada siapa lagi harus dia mengadu nasib? Apakah sepanjang usia dia harus mengendong duka ini?
Syafika sedar, air mata bukan penyelesai masalah. Tangisan juga tidak mampu merungkai segala kekusutan. Ada kala dia tidak setabah itu untuk menghadapinya berseorangan. Ada ketika dia tewas jua.
Tatkala hati masih dibalut lara, muncul insan lain yang sudi menjadi pengganti. Namun, cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam dan tidak mungkin padam. Rindunya masih ada dan tetap menyala. Tapi dia sedar... perjalanannya masih terlalu jauh. Dia tidak harus karam dalam badai kerinduan ini. Dia tidak harus hanyut dalam arus cinta yang bukan miliknya lagi. Akhirnya, dia nekad untuk menerima.
Sayangnya, di saat kelukaan hampir pulih dan hati mula belajar untuk menyayangi, hatinya dilukai. Kecewa dengan apa yang terjadi, dia nekad melarikan diri. Dalam pelarian itu dia mula merasakan sesuatu. Dalam benci, kiranya masih ada rindu buat si dia.
Dan tanpa disedari... bibit-bibit cinta mula bersemi di hatinya
Post a Comment for "Sinopsis Masih Ada Rindu"