Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sinopsis Saat Kau Takluk Cinta Ini (TV3)

Sinopsis Saat Kau Takluk Cinta Ini (TV3)
Sinopsis Saat Kau Takluk Cinta Ini (TV3)


Saat Kau Takluk Cinta Ini


Nantikan drama Saat Kau Takluk Cinta Ini yang diadaptasi dari novel yang bertajuk Saat Kau Takluk Cinta Ini'karya Sara Hezra akan datang di slot Samarinda TV3. 

Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini menampilkan gandingan Idris Khan dan Intan Najuwa. Drama terbitan Kembara Sufi dibawah arahan Zamri Zakaria.


Judul : Saat Kau Takluk Cinta Ini

Episod : 15

Tarikh Tayangan : 2021

Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 Malam

Siaran Tv : Slot Samarinda Tv3

Penulis Skrip : Eja Lorena

Pengarah : Zamri Zakaria

Produksi : Kembara Sufi Sdn Bhd


Pelakon Saat Kau Takluk Cinta Ini


Idris Khan, Intan Najuwa, Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Wafariena Roslan, Zarynn Min, Edika Yusof, Jasmin Hamid, Raja Azmi, Raja Nor Baizura, Shyrim Husni, Aleza Shadan


Watak Pelakon Saat Kau Takluk Cinta Ini


Idris Khan Berlakon Sebagai Rahhal Taufiq

Intan Najuwa Berlakon Sebagai Melissa Haira

Syazwan Zulkifly Berlakon Sebagai Fakhril

Shakilla Khoriri Berlakon Sebagai Khadijah

Wafariena Roslan Berlakon Sebagai Kamelia

Zarynn Min Berlakon Sebagai Mak Ngah Damah

Edika Yusof Berlakon Sebagai Dato Zhar

Jasmin Hamid Berlakon Sebagai Datin Normah

Raja Azmi Berlakon Sebagai Mak Jah


Sinopsis Saat Kau Takluk Cinta Ini

Rahhal yang tak ada pilihan, perlu meninggalkan kerjayanya dan balik ke kampung apabila emaknya jatuh sakit. Namun kepulangannya tidak disenangi Fakhril. Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya.

Rahhal tidak mudah mengalah. Tetap kental, dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan.


Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula disapa cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta tidak bias kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh.


Sedang mereka didakap hangat asmara, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang memugar di hatinya berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira.


Namun kata Haira, dia terpaksa. Dia mungkin berbohong banyak perkara tapi dia tidak pernah membohongi rasa cintanya.


Rahhal memutuskan untuk berhenti menyinta. Haira berikrar untuk terus bertahan setia. Rahhal penuh dendam, Haira terus sulit memendam.


Jiwa dan raga terpisah namun saat takdir mempertemukan mereka kembali, tegakah mereka bersua untuk kali kedua? Mampukah Rahhal menghulur maaf atau dia dia yang perlu meraih sebuah kemaafan seorang Haira Melissa?


Foto Pelakon Saat Kau Takluk Cinta Ini (TV3)


Pelakon Saat Kau Takluk Cinta Ini (TV3)

Pelakon Saat Kau Takluk Cinta Ini (TV3)

Pelakon Saat Kau Takluk Cinta Ini (TV3)

Pelakon Saat Kau Takluk Cinta Ini (TV3)

Pelakon Saat Kau Takluk Cinta Ini (TV3)

Pelakon Saat Kau Takluk Cinta Ini (TV3)

Pelakon Saat Kau Takluk Cinta Ini (TV3)

Pelakon Saat Kau Takluk Cinta Ini (TV3)

Pelakon Saat Kau Takluk Cinta Ini (TV3)

Pelakon Saat Kau Takluk Cinta Ini (TV3)


Post a Comment for "Sinopsis Saat Kau Takluk Cinta Ini (TV3)"