Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sinopsis Terlerai Noktah TV 3

Sinopsis Terlerai Noktah TV 3
Sinopsis Terlerai Noktah TV 3


Drama Terlerai Noktah

Sinopsis Terlerai NoktahSaksikan 9 episod Drama Terlerai Noktah yang ditayangkan di slot Samarinda, saluran TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam bermula 26 Ogos 2021.

Drama Terlerai Noktah bergenre psiko thriller, merupakan arahan dari Amor Rizan di slot Samarinda TV3. 

Drama Terlerai Noktah dibintangi Nabila Huda, Azhan Rani, Aidil Aziz, Raysha Rizrose, Atikah Suhaime dan ramai lagi.


Info Drama Terlerai Noktah

Judul: Terlerai Noktah

Episod: 9

Tarikh Tayangan: Jun 2021

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 Malam

Siaran Tv: Slot Samarinda Tv3

Pengarah: Amor Rizan

Produksi: Padi Pictures Sdn Bhd


Pelakon Drama Terlerai Noktah


Nabila Huda, Aidil Aziz, Azhan Rani, Watie Sadali, Hariz Hamdan, Atikah Suhaime, Raysha Rizrose, Ainul Aishah, Duerra Mitilda, Muntazar Ghufran, Mia Deen, Shyrim Husni, Aresya Rania, Elmy Moin, Zoul Muhammad, Kazar Abd Razak


Watak Pelakon Drama Terlerai Noktah


Nabila Huda Berlakon Sebagai Zaira

Aidil Aziz Berlakon Sebagai Doktor Rudi

Watie Sadali Berlakon Sebagai Laila

Hariz Hamdan Berlakon Sebagai Fariz

Atikah Suhaime Berlakon Sebagai Rania

Raysha Rizrose Berlakon Sebagai Jasmine

Ainul Aishah Berlakon Sebagai Hani

Duerra Mitilda Berlakon Sebagai Zaira


Sinopsis Terlerai Noktah

Sudah 20 tahun Zaira (Nabila Huda) terpisah dengan adiknya, Hani (Ainul Aishah).

Kini Hani ditemui polis dalam keadaan terikat di sebelah bayinya yang kelaparan dan suaminya yang sudah meninggal dunia.

Kelihatan satu nota yang meminta agar Hani dibawa ke hospital psikiatri milik suami Zaira, Doktor Rudi (Aidil Aziz).

Hani yang merupakan penghidap PTSD dan Amnesia, bagaimanapun enggan mengaku Zaira adalah kakak kandungnya.

Sementara itu, perkahwinan Zaira dan Rudi tidak dikurniakan cahaya mata. Manakala, Rania (Atikah Suhaimie) selaku ketua jururawat di wad Hani

ditempatkan, menyimpan satu rahsia besar. Kehadiran jururawat baru bernama Jasmine (Raysha Rizrose) amat tidak disenangi Rania.

Jasmine yang ditugaskan menjaga Hani mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan penemuan Hani.

Dalam pada itu, Zaira mengimbau kembali kehidupannya bersama Hani sewaktu kecil yang mana mereka pernah diculik dan dibawa ke Pulau Randai.


Foto Pelakon Terlerai Noktah 

Pelakon Terlerai Noktah

Pelakon Terlerai Noktah

Pelakon Terlerai Noktah


Post a Comment for "Sinopsis Terlerai Noktah TV 3"