Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Ayahanda Episod 8

Drama Ayahanda Episod 8
Drama Ayahanda Episod 8 


Drama Ayahanda

Saksikan Drama Ayahanda yang terinspirasi daripada novel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka karya Allahyarham Azizi Hj Abdullah bakal menghiasi slot Lestary TV3. 

Drama Ayahanda berjumlah 13 episod terbitan Zeel Production Sdn. Bhd, diarahkan oleh Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, nukilan skrip oleh Maizura Mohd Ederis dan Wan Mahani Wan Hassan.

Drama Ayahanda menampilkan pelakon handalan tanah air seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Hairi Safwan dan ramai lagi. 

Drama Ayahanda bersiaran mulai 10 Julai 2021 pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3.


Drama Ayahanda Episode 8 [Ulasan]

Scene Pilihan Episod 8 malam ini banyak bermain dengan emosi berkenaan dengan Mak Yah. Scene-scene melibatkan beliau banyak yang menyentuh perasaan para penonton.

Dengan keadaan penyakit pelupa beliau atau dalam erti kata lain 'nyanyuk', hanya si suami yang mengerti perasaan si isteri. Anak-anak sedar tak sedar tahu akan penyakit si ibu dan ada kalanya hampir terlepas cakap.

Ayat "Jangan nak mengukur kesenangan dengan kelapangan tempat" begitu dalam maknanya.Ianya sesuatu yang sukar nak digambarkan, kalau tak tak de lah Aziz sampai terkelu lidah, terasa hati bagai kan?

Tak dapat dibayangkan bagaimana kehidupan Haji Abdullah seandainya suatu hari Mak Yah meninggalkan beliau kan? Mak Yah lah tu lah penguat semangat Haji selama ni, dia seorang hanya yang memahami luar dan dalam sang suami.


Drama Ayahanda Episod 8

Post a Comment for "Drama Ayahanda Episod 8 "