Drama Ayahanda Episod 9
Drama Ayahanda
Saksikan drama bersiri bertajuk Ayahanda yang terinspirasi daripada novel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka karya Allahyarham Azizi Hj Abdullah bakal menghiasi slot Lestary TV3.
Drama Ayahanda berjumlah 13 episod terbitan Zeel Production Sdn. Bhd, diarahkan oleh Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, nukilan skrip oleh Maizura Mohd Ederis dan Wan Mahani Wan Hassan.
Drama Ayahanda menampilkan pelakon handalan tanah air seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Hairi Safwan dan ramai lagi.
Drama Ayahanda bersiaran mulai 10 Julai 2021 pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3.
Drama Ayahanda Episod 9 [Ulasan]
Orang kata kan bila seseorang tu nak pergi tinggalkan kita, perangai dia akan lain macam sikit. Dia tetiba jadi 'clingy' semacam je, asyik nak berkepit memanjang je kerjanya sampaikan nak rimas pula orang² di sekeliilngnya.
Mata habis bengkak, sembam tengok Episod 9 malam ni. Rupa wajah Mak Yah nampak tenang je dengan masih lagi pakai pakaian solat dia tu sambil memeluk kitab. Pilu rasanya bila tengok scene Haji Abdullah dok panggil-panggil isteri dia untuk urutkan kaki dia macam selalu tapi isteri dia tak gerak-gerak langsung.
Masa Mak Yah meninggal tak ada seorang pun kat sisi dia termasuklah suami dia sendiri. Kalaulah Aziz dengar je cakap bapa dia duduk je kat rumah jaga mak dia mesti arwah takkan pergi tanpa pesanan, kan? 😭😭
Lepas tu scene bila Limah sampai rumah, dia meratapi tubuh ibunya yang dah kaku, seribu penyesalan pun tak mampu nak putar balik masa dia jerkah arwah mak dia.
Dah lah dia orang yang terakhir yang cakap ngan arwah tapi itu pun siap main tengking² lagi, nak minta maaf pun tak sempat.
Scene Lebai Kassim sekolahkan Aziz pasal apa Haji Abdullah pergi masjid masa arwah masih terbaring kat rumah paling tersentuh sekali.
Mcm kata beliau, biarpun mak bapak dorang nampak renggang tapi dalam hati mereka tersangatlah rapat jadi bila arwah pergi, hanya dengan mengaji, solat kat masjid lah yang mampu kurangkan rasa sedih Haji.
Lepas ni tiada lagi senyuman, tiada lagi gelak tawa, tiada lagi tangisan mahupun kata² dorongan dari seorang wanita bernama Noriah.
Post a Comment for "Drama Ayahanda Episod 9"