Drama Ghaib Sinopsis
Drama Ghaib
Drama Ghaib merupakan drama bersiri yang diadaptasi daripada sebuah novel bertajuk Projek Seram Terowong.
Drama Ghaib akan ditayangkan di TV3 pada 10 Ogos ini. Drama Ghaib ini dibintangi oleh Shukri Yahaya, Siti Elizad, Eyka Farhana, Joanna Bessey, Neera Azizi dan ramai lagi.
Info Drama Ghaib
- Episod : 10
- Tarikh Tayangan : 10 Ogos 2021
- Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:30 Malam
- Siaran Tv : Tv3
- Penulis Skrip : Siti Solehah, Aida Aida
- Pengarah : Ng Ken Kin
- Produksi : Orangtree Production
Pelakon Drama Ghaib
Shukri Yahaya, Siti Elizad, Eyka Farhana, Joanna Bessey, Erynne Erynna, Scha Elinnea, Qara Lyana, Neera Azizi, Chacko Vadaketh, Chandni Kaur, Doria Rachel, Emelda Rosmila, Munir, Ramli Saleh
Sinopsis Drama Ghaib
Berlatarkan kisah di sebuah kolej yang mana belakang bangunan terdapat gua terbiar. Suatu malam, empat pelajar kolej Mimie, Jessica, Nina dan Suzi masuk ke dalam gua untuk bermain spirit of coins dan menyeru roh penunggu gua.
Satu lembaga yang dikenali sebagai hantu Mona muncul dan mereka berlari keluar dari gua dan menyedari Mimie tiada bersama mereka.
Detektif Riza dan Sarjan Anita diarahkan menyiasat kejadian itu namun mereka tidak percaya dengan kewujudan hantu Mona.
Pengetua kolej itu, Puan Maurice meminta pihak polis merahsiakan perkara berkenaan demi menjaga nama baik premis terbabit dan tidak suka dengan kehadiran detektif di kolej tersebut.
Malangnya selepas kejadian tersebut Jessica sering diganggu oleh hantu Mona dan tiba-tiba menghilangkan diri dari kolej.
Post a Comment for "Drama Ghaib Sinopsis "