Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia

Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia
Pelakon Drama Aku Pilih Bahagia


Drama Aku Pilih Bahagia

Nantikan drama Aku Pilih Bahagia yang diadaptasi dari novel yang bertajuk Aku Pilih Bahagia karya Umie Nadzimah akan datang di saluran RTM. 

Drama Aku Pilih Bahagia menampilkan lakonan Emma Maembong, Alvin Chong dan Fizz Fairuz. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Bade Hj Azmi.


Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia


Dhiya isteri yang disayangi, bukan yang dicintai. Empat tahun rumah tangga mereka sangat bahagia sehinggalah muncul Humaira, bekas tunang alias cinta pertama Aidan. Keluarga Aidan pula meletakkan kesalahan di atas bahu Dhiya kerana masih tak mampu lahirkan zuriat untuk suami. Tak mahu terus didera mentalnya, Dhiya mohon untuk undur diri. Namun tidak mudah untuk Dhiya melalui hari-hari tanpa Aidan. Dia hilang arah, kecewa dan terlalu mengharap Aidan kembali.


Berkat sokongan keluarga dan lebih-lebih lagi Dzikri, Dhiya bangkit semula untuk mulakan hidup baru. Berhijrah ke tempat yang jauh, rancang sesuatu untuk terus melupakan kesakitan lalu disamping membantu sepupunya, Inas yang turut mengalami nasib yang sama. Dhiya berkenalan dengan Arneesa yang ditindas suami dan keluarga mentua. Mereka jadi sangat rapat dan saling membantu serta menyokong antara satu sama lain.


Selepas melalui fasa getir, Dhiya semakin bahagia dan bertambah sempurna dengan kehadiran Maream. Dzikri melamar Dhiya untuk dijadikan isteri setelah berbelas-belas tahun menunggu masa yang sesuai. Apakah jawapan Dhiya? Dhiya tahu yang Arneesa terlalu menaruh harapan pada Dzikri. Malahan Arneesa itu seorang wanita yang lebih teruk deritanya berbanding Dhiya. Bermakna Arneesa lebih memerlukan lelaki sebaik Dzikri Berlakon Sebagai pelindung. Aidan dan keluarganya juga muncul semula untuk memujuk Dhiya kembali kepada mereka, sementelah Maream itulah satu-satunya penyambung keturunan yang ditunggu-tunggu.


Siapakah pilihan Dhiya untuk terus mencipta bahagia? Dzikri Hafiy yang telah banyak berkorban untuknya atau menerima semula Aidan, ayah kandung Maream? Dan bagaimanakah pula nasib serta jodoh Arneesa? Dia pun ingin bahagia dengan lelaki yang dicintai.




Judul : Aku Pilih Bahagia

Episod : 30

Tarikh Tayangan : -

Siaran Tv : Tv1 Rtm

Penulis Skrip : Baizura Kahar

Pengarah : Bade Hj Azmi

Produksi : Global Station Sdn Bhd


Pelakon Drama Aku Pilih Bahagia


Emma Maembong, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Bella Dally, Nadya Syahera , Yaya Maembong, Meor Mohd, Raja Azmi


Watak Pelakon Drama Aku Pilih Bahagia


Emma Maembong Berlakon Sebagai Dhiya

Fizz Fairuz Berlakon Sebagai Aidan

Alvin Chong Berlakon Sebagai Dzikri Hafiy

Bella Dally Berlakon Sebagai Humaira

Nadya Syahera Berlakon Sebagai Arneesa

Meor Mohd Berlakon Sebagai Farhan


Foto Pelakon Drama Aku Pilih Bahagia

Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia

Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia

Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia



Post a Comment for "Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia"