Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sinopsis Drama Ayahanda TV 3

Sinopsis Drama Ayahanda
Sinopsis Drama Ayahanda



Drama Ayahanda

Nantikan drama bersiri bertajuk Ayahanda yang terinspirasi daripada novel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka karya Allahyarham Azizi Hj Abdullah bakal menghiasi slot Lestary TV3. 

Drama Ayahanda berjumlah 13 episod terbitan Zeel Production Sdn. Bhd, diarahkan oleh Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, nukilan skrip oleh Maizura Mohd Ederis dan Wan Mahani Wan Hassan.

Drama Ayahanda menampilkan pelakon handalan tanah air seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Hairi Safwan dan ramai lagi. 

Drama Ayahanda bersiaran mulai 10 Julai 2021 pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3.


Judul : Ayahanda

Episod : 13

Tarikh Tayangan : 10 Julai 2021

Waktu Siaran : Rabu-Sabtu, 9:00 Malam

Siaran Tv : Slot Lestary Tv3

Penulis Novel : Azizi Haji Abdullah

Penulis Skrip : Maizura Mohd Ederis, Wan Mahani Wan Hassan

Pengarah : Dato Ahmad Tamimi Siregar

Produksi : Zeel Production Sdn Bhd


Watak Pelakon Drama Ayahanda

Jalil Hamid Berlakon Sebagai Haji Abdullah (Tok Imam)

Fauziah Ahmad Daud Berlakon Sebagai Hajah Noriah

Fikry Ibrahim Berlakon Sebagai Aziz

Noorkhiriah Berlakon Sebagai Halimah

Shahz Jaszle Berlakon Sebagai Ramli

Hairi Safwan Berlakon Sebagai Ahmad

Sherry Ibrahim Berlakon Sebagai Aishah

Rita Nadira Berlakon Sebagai Mazni

Mimi Ernida Berlakon Sebagai Rahayu

Sobri Anuar Berlakon Sebagai Mat Diah

Nurmiziana Rosli Berlakon Sebagai Piah

Anuar Hamizan Berlakon Sebagai Usin


Ost Drama Ayahanda


Lagu : Coretan Pilu

Penyanyi : Dato’ Awie

Komposer & Penulis Lirik : Ikhwan Fatana, Wan Salleh, Fedtri Yahya


Sinopsis Drama Ayahanda

Mengisahkan tentang Haji Abdullah (Jalil Hamid), seorang Tok Imam, juru nikah dan mengajarkan kitab di surau yang berusia lebih daripada 100 tahun. Surau itu kemudian dibina semula setelah dilanda ribut yang hampir meragut nyawa Haji dan isterinya, Hajah Noriah (Fauziah Ahmad Daud) ketika itu.

Haji Abdullah dilihat Berlakon Sebagai seorang imam tua yang degil dan mahu mempertahankan semua jawatannya di masjid kampungnya. Walaupun Haji Abdullah sudah tidak diterima oleh masyarakat kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk tetapi beliau tetap melunaskan tanggungjawabnya. 

Hanya Hajah Noriah yang masih setia dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada suaminya. Di kampung, seorang imam baharu telah dilantik iaitu Ustaz Hamidi, 20-an dan lulusan Al-Azhar, Mesir. Jemaah pun semakin ramai di masjid. Haji Abdullah tercabar dan tetap mahu menjadi imam.

Haji Abdullah dan Hajah Noriah mempunyai 4 orang anak iaitu Halimah (Noorkhiriah), Ramli (Shahz Jaszle), Ahmad (Hairi Safwan) dan Aziz (Fikry Ibrahim). Halimah, anak sulung yang tinggal di belakang rumah Haji sering diharapkan oleh adik-beradiknya untuk menjaga ibu bapa mereka. Halimah juga terpaksa bersabar dengan perangai suaminya, Mat Diah (Sobri Anuar) yang terlalu taksub dengan pertandingan suara burung. 

Ramli, anak kedua Haji Abdullah pula sibuk berulang-alik menghantar Piah (Nurmiziana Rosli), isterinya ke kampung asalnya kerana emaknya sakit. Manakala, Ahmad, anak ketiga yang mahu menambah pendapatan dengan mengusahakan kebun sayur di kaki bukit. Isteri Ahmad, Hasnah, telah meninggal dunia bersama anak ketiganya semasa bersalin. Hajah Noriah dan Halimah sentiasa cuba mencarikan jodoh baharu untuk Ahmad tetapi Ahmad belum bersedia. 

Aziz, anak bongsu Haji Abdullah bekerja Berlakon Sebagai juru teknik di sebuah kilang dan minat penulisan. Isterinya, Mazni (Rita Nadira) lebih mementingkan kesenangan diri dan mula mengambil kesempatan atas kesibukan suaminya yang mahu menjaga orang tuanya, anak mereka dan juga menyiapkan penulisannya. 

Haji Abdullah mahukan sokongan anak-anaknya untuk dia meneruskan tanggung jawabnya Berlakon Sebagai imam, namun semua anak-anaknya tidak berpihak kepadanya membuatkan Haji Abdullah terasa hati. 

Aziz yang menjadi harapan Haji Abdullah juga menentang hasrat ayahnya lebih-lebih lagi hubungan mereka pernah terpalit dengan sejarah lampau yang merenggangkan hubungan mereka berdua. Sikap degil dan ego Hj Abdullah menyebabkan dirinya dilanda sepi dan tiada siapa yang peduli.

Terleraikah kesepian hati seorang ayah dan dapatkan anak-anaknya memahaminya? Dapatkah anak-anak Haji Abdullah menebus kelemahan mereka yang sudah mengabaikan hati seorang ayah? Mengertikan mereka tentang pengorbanan seorang ayah?


Ulasan Drama Ayahanda Episod 1

Permulaan yang baik, di kelilingi suasana kampung yang jauh dari hiruk piruk kota. Diiringi pula Ost nyanyian Dato Awie Coretan Pilu yang mampu menyentuh hati lagi-lagi bila dengar part lagu "Namun segala mula berubah.

Diriku tak lagi kau hargai. Terdampar sunyi aku berserah Diriku dihukum begini. All acting by the cast are on point termasuk ngan pelakon extra.

Expresi wajah kesedihan yang terpamer dari wajah si ibu yang tak mampu mengungkapkan apa-apa tatkala anak-anak bertekak ngan ayah mereka turut mengundang rasa sedih di hati Admin.


Ulasan Drama Ayahanda Episod 2

Tak semua anak-anak memahami apa yang tersirat di dalam hati seorang ayah sepanjang mereka membesar dan tak mustahil ada yang terasa hati ngan layanan si ayah dan perasaan itu dibawa sampailah mereka dewasa.

Si ayah pula bila sedar anak-anaknya sampai kini masih lagi gagal untuk memahami dirinya terasa hati dan berasa lebih selesa berjauhan ngan anak-anak.

Hanya si isteri saja yang memahami suaminya bak kata anak-anaknyanya, 'cubit peha kiri, peha kanan terasa juga' lantas dia berusaha memujuk anak-anak meminta maaf ngan ayah dorang.

Dan bila dia seolah-olah dapat merasakan suaminya bakal ditimpa kejadian yang tak diingini, tanpa berfikir panjang terus meluru mencari si suami sampaikan akhirnya dia sendiri kena hempap bumbung masjid yang memang menunggu masa nak jatuh je.


Ulasan Drama Ayahanda Episod 3

Bila terserempak ngan dia yang suatu ketika dulu yang pernah bertakhta di hati sedar tak sedar kenangan dulu melintas kat otak dan ketika itu terbit pula perasaan nak 'impress' si dia.

Tetapi bila si ayah seolah-olah tidak mengenali dia yang pernah di pandang rendah suatu ketika dulu, hati mula bertanya pula.

Adakah kerana si dia kini dah berubah penampilan atau memang si ayah tak mengenali dirinya lagi?

Walaupun hatinya begitu terasa ngan sang suami namun dia pujuk jua hatinya kerana baginya hanya dia seorang je yang memahami isi hati sang suami.


Ulasan Drama Ayahanda Episod 4

Bila sekali sekala si anak membuat sesuatu yang di rasakan membanggakan oleh si ayah, tak salah seandainya si ayah ingin menunjuk-nunjuk kepada umum.

Namun sayang seribu kali sayang si anak pula mempersoalkan niatnya itu. Dan bila hasratnya seakan-akan tak kesampaian, dengan hati yang kecewa dan juga kerana dia tak nak malukan anaknya, dia berusaha jua untuk mencapai hasratnya itu.

Walaupun, akhirnya cara yang dia gunakan mungkin salah. Tak pernah terlintas di hati si ibu untuk membandingkan menantu-menantu nya, mungkin kerana dia merindui si arwah.

Dia tanpa sengaja mengeluarkan kata-kata pujian tanpa mengetahui si anak terasa ngan perbuatannya itu.  Dan biarpun si anak sudah memohon maaf di atas keterlanjuran, jauh di sudut hati dia berkecil hati namun dia tak tonjolkan perasaan itu pada si anak.


Ulasan Drama Ayahanda Episod 5

Bila si isteri tak kisah kedudukan dia dalam hidup sang suami jatuh nombor 2, baginya asalkan dia dapat mengembirakan hati si suami itu lebih dari cukup. 

Dengan iututnya yang sakit, keadaan dirinya yang tak bermaya namun dia gagahkan diri jua menyediakan keperluan sang suami.

Tak cukup dengan itu dia sama² ikut solat kat masjid gara² jemaah perempuan tak banyak. Dan bila si anak ingin bersemuka ngan ayahnya gara-gara dia geram ngan ayahnya yang mengadaikan barang kemas ibunya untuk belikan air-cond untuk masjid namun keingingannya tak kesampaian kerana sang ibu merayu si anak untuk tak aibkan si anak.

Dek kerana tak sanggup melihat si ibu menahan sakit tanpa di hiraukan si ayah, sang anak berkeras nak jaga ibunya sampai ibunya sembuh.

Si suami mungkin dah terbiasa dengan kehadiran isteri di sisi tetiba rasa janggal bila dah mula terbayang akan kelibat si isteri.

Dan bila si suami terjatuh dari pokok, mahu rasanya isterinya meluru menuju ke arahnya seandainya dia tahu, kan?


Ulasan Drama Ayahanda Episod 6

Scene Pilihan Episod 6 kali ini membawa kita menyelami perasaan seorang isteri yang lebih rela mengetepikan kesakitan dia. 

Dengan keadaan diri yang masih sakit, dia terpaksa makan ubat secara sorok-sorok dan bila kesakitan tu tak mampu dia tanggung, dia hanya mampu meraung dan menangis dalam diam manakala si suami dibiarkan rehat tanpa gangguan.

Kalau boleh bunyi nyamuk pun dia tak nak dengar.. (part ni sedih tau.) 

Bila dapat menantu atau ipar macam Mazni ini tidak tahu lah ayat apa yang sesuai untuk gambarkan dia. Kategori seorang yang selfish kiranya boleh sangat masuk list tu, tapi kategori seorang yang suka ambil kesempatan dalam kesulitan rasanya lagi sesuai ngan Mazni.

Buktinya dia seolah-olah tak ikhlas tolong Limah bayar duit tuisyen si Bada, dia seperti mengharapkan tugas jaga Imam Abdullah & isteri di bagi saja ngan abang-abang dan kakak ipar dia.

Kesian Imam terpaksa melepaskan jawatan yang dia sandang sebelum ini gara-gara bantahan dari geng-geng Rejab. 

Sudahlah masjid itu segalanya bagi Imam Abdullah, bila sudah hilang jawatan itu nanti, bagaimanalah dia mahu lalui kehidupan hariannya?


Ulasan Drama Ayahanda Episod 7

Orang kalau dah tak suka, kau buat lah banyak mana kebaikan, banyak pahala pun hujung cerita tetap akan ada yang mempertikaikannya juga, begitu juga dengan apa yang menimpa Imam Abdullah.

Dan bila pasangan suami isteri dah pandai menyorok kebenaran dari satu sama lain, maka terciptalah macam-macam alasan, helah dan sebagainya.

Lagi-lagi bila sang suami seakan-akan terlupa kadang-kadang yang dia dah ada isteri, anak tapi masih juga nak usha awek lama dengan alasan nak berkawan sahaja tetapi niat yang sebenarnya hanya dia je yang tahu.

Yang si isteri, gara-gara takut si suami akan 'basuh' dia sebab dia gagal kotakan janji pada suami dia, dah pandai sorok pula bukti-bukti yang dapat membongkar penipuan dia, tapi dia lupa perbuatannya suatu hari ni nescaya akan ketahuan juga.

Dah sekian lama tinggal sebilik tup-tup bila kena tidur asing-asing mestilah tak keruan tapi bila anak-anak tak memahami perasaan dia apa lagi yang mampu dia lakukan melainkan.


Ulasan Drama Ayahanda Episod 8

Scene Pilihan Episod 8 malam ini banyak bermain dengan emosi berkenaan dengan Mak Yah. Scene-scene melibatkan beliau banyak yang menyentuh perasaan para penonton.

Dengan keadaan penyakit pelupa beliau atau dalam erti kata lain 'nyanyuk', hanya si suami yang mengerti perasaan si isteri. Anak-anak sedar tak sedar tahu akan penyakit si ibu dan ada kalanya hampir terlepas cakap.

Ayat "Jangan nak mengukur kesenangan dengan kelapangan tempat" begitu dalam maknanya.Ianya sesuatu yang sukar nak digambarkan, kalau tak tak de lah Aziz sampai terkelu lidah, terasa hati bagai kan?

Tak dapat dibayangkan bagaimana kehidupan Haji Abdullah seandainya suatu hari Mak Yah meninggalkan beliau kan? Mak Yah lah tu lah penguat semangat Haji selama ni, dia seorang hanya yang memahami luar dan dalam sang suami.


Ulasan Drama Ayahanda Episod 9




Klik link di bawah ini, untuk menonton Drama Ayahanda Episod 1 - 13


Drama Ayahanda Episod 8

Drama Ayahanda Episod 9     







Pelakon Drama Ayahanda

Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Shahz Jaszle, Noorkhiriah, Hairi Safwan, Sherry Ibrahim, Rita Nadira, Mimi Ernida, Anuar Hamizan, Sobri Anuar, Nurmiziana Rosli.


Sinopsis Drama Ayahanda

Sinopsis Drama Ayahanda

Sinopsis Drama Ayahanda

Sinopsis Drama Ayahanda


Penelusuran terkait Drama Ayahanda: drama melayu, sinopsis drama malaysia, drama malaysia astro ria, drama tv3 terbaru 2021, drama ayahanda tv3 full episode, drama ayahanda full episod, drama ayahanda tv 3, drama ayahanda, sinopsis drama ayahanda, drama ayahanda episod 1, drama ayahanda episod 2, drama ayahanda episod 3, drama ayahanda episod 4, drama ayahanda episod 5, drama ayahanda episod 6, drama ayahanda episod 7, drama ayahanda episod 8, drama ayahanda episod 9,

Post a Comment for "Sinopsis Drama Ayahanda TV 3"