Sinopsis Drama Cik Ayu Mee Sanggul
Drama Cik Ayu Mee Sanggul
![]() |
Drama Cik Ayu Mee Sanggul |
Coming soon Drama Cik Ayu Mee Sanggul (16 Episod) mulai 27 Julai 2021, jam 10 malam hanya dalam slot Mega Drama Astro Ria, Astro Ria HD.
Drama Cik Ayu Mee Sanggul ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2021 arahan Idora Abdul Rahman. Dibintangi oleh Amelia Henderson, Aqasha dan Shiqin Kamal. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 27 Julai 2021 menggantikan Love Elsa.
Info Drama Cik Ayu Mee Sanggul
- Tayangan : Slot Megadrama Astro Ria
- Pengarah : Idora Abdul Rahman
- Penulis Skrip (Idea Asal) : Niezar Nahar
- Penerbit : Rosyam Nor
- Produksi : Suhan Movies & Trading
Watak Pelakon Drama Cik Ayu Mee Sanggul.
- Amelia Henderson sebagai Cik Ayu.
- Aqasha sebagai Akhtar.
- Aryan sebagai Uwais.
- Iman Zulkarnain sebagai Rizman.
- Shiqin Kamal sebagai Mastura.
- Fimie Don sebagai Joe.
- Asha Merican sebagai Icha.
- Nabil Aqil sebagai Azmer.
- Aznah Hamid sebagai Wan Aminah.
- Mahmud Ali Bashah sebagai Razak.
- Izzendra sebagai Zaza.
- Natasha Hamzah sebagai Wanmila.
- Cat Farish sebagai Hamzah.
Sinopsis Drama Cik Ayu Mee Sanggul
Drama Cik Ayu Mee Sanggul berkisarkan tentang kisah kahwin paksa dan pengorbanan seorang janda muda Ayu yang mengahwini seorang lelaki bernama Akhtar tanpa ikatan cinta untuk menjadi ibu kepada Uwais, anak Akhtar yang menghidap Mayor Talasemia.
Setelah kematian suaminya Tuan Baharom, Ayu mewarisi semua harta suaminya. Dia ialah usahawan Mee Sanggul yang berjaya di Kuala Lumpur.
Kisah bermula apabila Ayu tidak sengaja terlanggar Uwais ketika memandu dan Akhtar yang baru pulang dari bekerja di pelantar minyak di Sarawak menyangka Ayu ialah seorang pisau cukur tanpa mengetahui bahawa Ayu adalah seorang janda yang mewarisi kekayaan Tuan Baharom.
Ketika mengetahui Uwais inginkan Ayu menjadi ibunya, Ayu mengorbankan dirinya dan memutuskan untuk melamar Akhtar walaupun ditentang oleh Akhtar sendiri.
Demi kesihatan Uwais, Akhtar sanggup berkahwin dan berpura-pura bahagia di hadapan anaknya.
Post a Comment for "Sinopsis Drama Cik Ayu Mee Sanggul"