Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Ali Alia [Sinopsis]


Drama Ali Alia

Sinopsis Drama Ali Alia
Sinopsis Drama Ali Alia


Nantikan drama bersiri Drama Ali Alia yang akan bersiaran di Astro Prima mulai 24 Ogos 2021, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima.


Info Drama Ali Alia


Sinopsis Drama Ali Alia



  1. JUDUL : ALI ALIA
  2. EPISOD : 13
  3. TARIKH TAYANGAN : 24 Ogos 2021
  4. WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
  5. SIARAN TV : Astro Prima
  6. IDEA ASAL : Rina Khan
  7. SKRIP : Farhana Fauri, Shida Zali, Heyrissa Heykal
  8. PENGARAH : Heykal Hanifah
  9. PRODUKSI : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
  10. PELAKON : Fimie Don, Erynne Erynna, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Faradhiya, Fahrin Ahmad, Rashid Jaafar, Sharifah Juairiah, Usop Wilcha, Sabrina Ali, Jay Iswazir, Kodi Rasheed, Mior Hashim Manap, Izzy Reef


Watak Pelakon Drama Ali Alia

Drama Ali Alia



  • Fimie Don sebagai Ali
  • Erynne Erynna sebagai Alia
  • Rusdi Ramli sebagai Amir
  • Faezah Elai sebagai Mazni
  • Fahrin Ahmad sebagai Hanif
  • Usop Wilcha sebagai Dato Khalil
  • Sabrina Ali sebagai Shila
  • Faradhiya sebagai Diana
  • Rashid Jaafar sebagai Pak Osman 
  • Sharifah Juairiah sebagai Maknah
  • Jay Iswazir sebagai Pian
  • Kodi Rasheed sebagai Zainal
  • Mior Hashim Manap sebagai Atok


Sinopsis Drama Ali Alia

Drama Ali Alia


Memaparkan kisah kepincangan sebuah keluarga urban yang nampak mewah, hakikatnya mereka adalah sebuah keluarga yang ‘miskin’ dalam banyak perkara. 

Mazni dan Amir mempunyai sepasang anak kembar yang sudah remaja bernama Ali dan Alia. Ali dilahirkan normal, manakala Alia pula seorang remaja autistik. 


Autisme membuatkan Alia mengalami keterbatasan dalam banyak perkara, terutamanya kemampuan berkomunikasi. Mujur Alia mempunyai kembar, Ali, yang mampu memahami ‘percakapan’nya dengan baik, membuatkan Alia tidak boleh berjauhan dari Ali. Akibatnya, Ali terpaksa menjalani homeschooling bagi memudahkan kehidupan Alia yang bergantung padanya. Tapi Ali, tidak pernah mengeluh. Dia tahu, sebagai ‘abang’ dia harus bertanggungjawab dan memahami keperluan kembarnya yang autism.


Pada masa yang sama, ibu bapa mereka Mazni dan Amir juga mempunyai dilema mereka yang tersendiri. Mazni yang berjawatan tinggi dan disegani dalam sektor korporat, sudah tidak sanggup untuk terus meikul tanggungjawab sebagai breadwinner dalam keluarga. Manakala Amir pula semakin hari semakin hilang keyakinan diri apabila perniagaan yang telah dua tahun diusahakannya tidak membuahkan hasil. 


Segala permasalahan yang berlaku dalam keluarga ini menyebabkan pada suatu hari, Ali mengambil keputusan drastik untuk lari dari rumah dan membawa Bersama adiknya Alia. Namun dunia luar tidaklah seindah yang disangka, tambahan pula untuk insan autisme.

Post a Comment for "Drama Ali Alia [Sinopsis]"