Drama Anak Sena - Sinopsis
Drama Anak Sena
Saksikan Drama Anak Sena terbitan Kembara Sufi, diarahkan oleh Bahri Uma Bajuri dan nukilan skrip oleh MF Kencana dan Irdeena Nur Humaira.
Drama Anak Sena menampilkan pelakon seperti Ben Amir, Hadi Putra, Ruzaidi Abd Rahman, Farah Ahmad, Nadia Aqilah, Shasha Abedul dan ramai lagi.
Drama Anak Sena bakal bersiaran pada 26 Ogos ini, setiap Rabu hingga Sabtu di slot Lestary TV3.
Info Drama Anak Sena
- Judul : Anak Sena
- Episod: 8
- Tarikh Tayangan: 26 Ogos 2021
- Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 Malam
- Siaran Tv: Slot Lestary Tv3
- Penulis Skrip: Mf Kencana, Irdeena Nur Humaira
- Pengarah: Bahri Uma Bajuri
- Produksi: Kembara Sufi Sdn Bhd
Pelakon Drama Anak Sena
![]() |
Watak Pelakon Drama Anak Sena |
- Ben Amir
- Hadi Putra
- Ruzaidi Abdul Rahman
- Farah Ahmad
- Nadia Aqilah, Shasha Abedul
- Danish Zamri
- Lan Siro
- Bazruzainizam
- Norshahira Malik
- Habeeb Rasely
- Syarafi Sudarmaji
- Sera Melissa
- Akmal Ahmad
- Edaman Othman
- Zuhairah Zainodin
- Azwan Ali
- Danish Iskandar
Watak Pelakon Drama Anak Sena
- Ben Amir Berlakon Sebagai Cikgu Amir
- Ruzaidi Abdul Rahman Berlakon Sebagai Tok Sena
- Hadi Putra Berlakon Sebagai Wadi
- Farah Ahmad Berlakon Sebagai Kiambang
- Nadia Aqilah Berlakon Sebagai Kuntum
- Shasha Abedul Berlakon Sebagai Fatin
- Lan Siro Berlakon Sebagai Jati
- Norshahira Malik Berlakon Sebagai Amira
- Danish Iskandar Berlakon Sebagai Karim
Sinopsis Drama Anak Sena
Mengisahkan tentang Sena, tok batin keturunan orang asli yang tinggal di pedalaman hutan. Berlakon Sebagai ketua kampung, selain mempelajari ilmu hutan, Sena mahukan keturunannya bersekolah dan berpendidikan.
Impiannya untuk melihat anak orang asli berjaya dan dia cuba membuktikannya melalui anaknya Wadi. Setiap hari Sena akan memandu bot membawa anaknya dan sejumlah murid-murid dari kampungnya meredah sungai Hulu Tembeling ke sekolah.
Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan untuk memburu binatang dan mencari makanan, tumbuhan, akar kayu, rotan dan belajar ilmu hutan. Bagi Sena, anak-anaknya dan anak anak orang asli di bawah jagaannya perlu mendapat ‘ilmu hutan’ dan ‘ilmu sekolah’.
Cikgu Amir merupakan guru baharu di sekolah tempat Wadi bersekolah. Cikgu Amir rasa tercabar dengan sikap Wadi yang sambil lewa dan tidak berminat dalam pelajaran. Namun minat dan bakat Wadi terhadap bola sepak berjaya mengubahnya.
Namun, selepas berlakunya insiden salah faham dengan Cikgu Amir, Wadi tidak mahu pergi ke sekolah lagi. Setelah dipaksa oleh Sena, Wadi berpura-pura pergi ke sekolah sehinggalah terjadinya insiden yang mengakibatkan dia bertindak melarikan diri dari rumah. Kehilangannya merisaukan Sena dan ibunya Kiambang sehinggalah Sena nekad untuk mencarinya.
Post a Comment for "Drama Anak Sena - Sinopsis"