Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DRAMA AYAHANDA EPISOD 11

DRAMA AYAHANDA EPISOD 11 ULASAN

DRAMA AYAHANDA EPISOD 11
DRAMA AYAHANDA EPISOD 11 


Episod 11 kali ini membawa kita menyaksikan kisah cinta Aziz dan Rahayu yang pernah putus di tengah jalan 15 tahun dulu di sambung lagi dalam ikatan suami isteri akhirnya.


Haji Abdullah sedar yang Aziz tak begitu bahagia dengan Mazni selama mereka namun dia pekakkan telinga, butakan mata tapi kini bila dia dengar sendiri Aziz masih cintakan Ayu tidak wajar baginya untuk halang Aziz mencari kebahagiaan dia sendiri.


Dari sudut lain memang tak setuju Aziz kahwin senyap² ngan Rahayu tapi bila dengar Maz selamba je kata kalau nak cari calon menantu Haji Abdullah carilah yang lurus orangnya yang boleh di arahkan, macam kurang ajar je bunyinya.

Sedih bila dengar ayah Aziz bagitau Aziz yang dia teringin sangat nak tengok Aziz mengecapi kebahagiaan yang sebenarnya dan lantas itulah dikahwinkan jua mereka berdua kat seberang.

Biarpun cara dia kahwinkan Aziz dan Ayu tu mungkin ramai yang tak setuju namun demi kasihnya yang tak pernah luak pada Aziz dia sanggup selagi dia masih bernyawa.


DRAMA AYAHANDA EPISOD 11