Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DRAMA AYAHANDA EPISOD 12

DRAMA AYAHANDA EPISOD 12 ULASAN

DRAMA AYAHANDA EPISOD 12


Geram, marah, sebak, itulah yang para penonton rasai ketika menonton Episod 12 kali ini. Geram rasanya dengan Aziz yang membelakangkan Mazni bila dia kahwin senyap-senyap dengan Ayu, disuruh bagitau dengan Mazni dia tak mau pula.


Katanya lagi dia boleh bimbing kedua-dua isterinya tetapi sebelum mencuba dia sudah gagal sebenarnya sebagai seorang suami. 


Buktinya masa dia masih lagi jadi suami Mazni seorang, dia sendiri tak pernah bimbing Mazni ke jalan yang sepatutnya.


Bak kata Mazni kepada Imam Abdullah, Aziz sendiri tak pernah berjemaah dekat masjid kat kampung apalagi kat Kulim.


Perasaan marah tu pula bila tengok babak Mazni melemparkan tuduhan dekat bapa mertua tanpa memikirkan nak jaga air muka bapa mertua dia.


Terguris betul hati tua Imam Abdullah sampaikan masa dia berjalan pulang pun dah terhoyang hanyang sampai jatuh tersungkur..


Namun demi kasihnya pada anak dan menantu, dan perasaan bersalah yang kian menggunung dia gagahkan jua menuruti langkah Aziz dengan harapan dapat menyelesaikan masalah mereka.


Babak dia merayu agar dia diberi peluang untuk betulkan keadaan begitu terkesan, sedar tak sedar air mata tak henti-henti mengalir.


Sebak rasanya bila kau dihimpit rasa bersalah kau berharap sangat masih ada peluang untuk kau berbuat demikian.


Apalah yang bakal terjadi esok? Masih ada kah ruang untuk seorang ayah melihat anak-anaknya mengecapi kebahagiaan sebelum terlambat atau sebaliknya?


 DRAMA AYAHANDA EPISOD 12