DRAMA AYAHANDA EPISOD 13
DRAMA AYAHANDA EPISOD 13 ULASAN
![]() |
DRAMA AYAHANDA EPISOD 13 |
Pengakhiran cerita yang bagi aDmin begitu meninggalkan kesan pada untuk jangka masa yang panjang.
Akhirnya anak-anak Imam Abdullah dan juga menantunya Mazni melihat dia dari sudut yang berbeza. Dia yang mereka sangkakan seorang ayah yang tinggi egonya, keras kepala dan lebih pentingkan masjid dari hal keluarga.
rupa-rupanya seorang yang begitu mengambil berat perihal anak-anaknya cuma dia tak tunjukkan saja.. Hanya isterinya sahaja yang memahami apa yang tersirat di hati tua nya itu.
Penghujung cerita impian dia untuk berjemaah bersama dengan ahli keluarga tercapai jua walaupun impian itu tak di nyatakan.
Tapi kita yang menontonnya boleh merasakan sinar kebahagiaan yang terpancar di wajahnya. Bila anak menantu dan cucu-cucu semuanya berkumpul untuk menyambut hari jadinya, tiada kata yang boleh mengambarkan perasaan terharunya dia.
Bila dia seolah-olah terbayang-bayang wajah arwah isterinya, senyumannya tu dah cukup mengatakan tak ada apa lagi yang dia inginkan lagi dalam hidupnya, cukuplah dengan kebahagiaan yang dikecapinya kini.
Terima kasih Admin ucapkan kepada semua warga kerja drama Ayahanda kerana berjaya menjadikan drama ni sebuah drama yang akan di ingati sampai bila-bila.
Naskah yang baik jarang kita temui, apalagi bila ianya berjaya di bawa ke layar perak dan kerana itulah naskah yang sebegini wajar kita hargai.
Sekian ulasan akhir dari min untuk episod akhir drama Ayahanda. sekiranya ada salah dan silap, mohon maafkan ya dan kita berjumpa dalam drama yang lain pula.
Post a Comment for " DRAMA AYAHANDA EPISOD 13 "