Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sinopsis Ayat-Ayat Halal

Drama Ayat-Ayat Halal


Drama Ayat-Ayat Halal

Saksikan drama yang diadaptasi dari sebuah novel yang bertajuk Ayat-Ayat Halal karya Syamnuriezmil yang bakal disiarkan di saluran RTM. Menampilkan gandingan Amar Baharin dadn Nadiya Nisaa. 

Drama Ayat-Ayat Halal 26 episod terbitan Global Station Sdn Bhd, arahan MP Roslin. Drama Ayat Ayat Halal akan mula bersiaran pada 2 Julai 2021 setiap Isnin Hingga Sabtu jam 8 malam di TV2.


Judul : Ayat-Ayat Halal

Episod : 26

Tarikh Tayangan : 2 Julai 2021

Waktu Siaran : Isnin-Sabtu, 8:00 Malam

Siaran Tv : Tv2 (Rtm)

Penulis Skrip : Mf Kencana

Penulis Novel : Syamnuriezmil

Pengarah : Mp Roslin Md Shariff

Produksi : Global Station Sdn Bhd


Pelakon Drama Ayat-Ayat Halal

Amar Baharin, Nadiya Nisaa, Razak Ahmad, Chiwan Chilok, Mia Nasir, Fikhree Bakar, Shah Rezza, Fadilah Mansor, Lan Siro, Adam Malek


Watak Pelakon Drama Ayat-Ayat Halal

Amar Baharin Berlakon Sebagai Ebrahim Al Farez

Nadiya Nisaa Berlakon Sebagai Ulya Ayani

Razak Ahmad Berlakon Sebagai Pak Ayop

Chiwan Chilok Berlakon Sebagai Hazmon

Mia Nasir Berlakon Sebagai Murni

Fikhree Bakar Berlakon Sebagai Ustaz Hassan

Shah Rezza Berlakon Sebagai Pak Ali 


Lagu Tema (Ost) Ayat-Ayat Halal

Aizat Amdan - Dup Dup 


Sinopsis Ayat-Ayat Halal

Dek kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia.


Rindu dengan kek pandan maknya, Ebrahim pulang juga akhirnya. Tetapi kali ini dia bertemu dengan kek pandan buatan Ulya Ayani, anak Pak Cik Ayob, jiran sebelah rumahnya. Ebrahim telah jatuh cinta dengan kek pandan Ulya.


Sebab itu jugalah, Ebrahim terpaksa menyamar jadi ustaz untuk mengajar Pak Cik Ayob mengaji sambil-sambil nak menjual ayat-ayat halal kepada Ulya. Manalah tahu, tiba syawal, Ebrahim beristeri seperti yang mak Ebrahim selalu harapkan. Masalahnya, Ebrahim ingatkan Ulya faham ayat-ayat halalnya, rupanya tidak. Ulya lurus bendul!


Walaupun ada kekurangan, bagi Ebrahim, Ulya telah berjaya memenuhi tempat kosong dalam hatinya. Namun tempat kosong itu belum boleh di penuhi kerana Ulya merupakan sepupu rapat Murni dan turut diminati oleh Ustaz Hassan. Muncul pula lamaran anak Mak Cik Jah buat Ebrahim pening kepala.


Bagaimana Ebrahim hendak meyakinkan Ulya yang hanya Ulya yang layak mengisi tempat kosong dihatinya? Cukupkah ayat-ayat halal Ebrahim tu buat Ulya?


Kerana cinta itu hanya sempurna apabila dihalalkan!


Sinopsis Ayat-Ayat Halal Episod 1

Eb bercinta dengan gadis sekampungnya Murni dan akhirnya bertunang dengan gadis tersebut. Eb kemudiannya mendapat tawaran bekerja di Qatar dan Murni tidak setuju dengan keputusan Eb untuk bekerja di sana. Eb menerangkan yang dia memikirkan masa depan keluarganya dan disokong oleh ibunya, Mak Esah. Murni menyuruh Eb membuat pilihan samada dirinya atau menurut kehendak ibu Eb yang membuatkan Eb dalam dilema. 


Sinopsis Ayat-Ayat Halal  Episod 2

Sewaktu pulang dari masjid, Eb disapa oleh Pak Ayop yang kemudiannya menjemputnya minum sambil bersembang di rumah. Pak Ayop memandang tinggi Eb yang bekerja di Qatar dan dia menyampaikan hasratnya untuk belajar mengaji Al-Quran dengan bantuan Eb. Demi untuk mengambil hati Ulya, Eb bersetuju untuk mengajar Pak Ayop mengaji. Dengan cara tersebut dia akan kerap bertandang ke rumah Pak Ayob dan berpeluang memerhati Ulya. 


Foto Pelakon Drama Ayat-Ayat Halal


Drama Ayat-Ayat Halal

Sinopsis Drama Ayat-Ayat Halal

Sinopsis Drama Ayat-Ayat Halal

Sinopsis Drama Ayat-Ayat Halal

Sinopsis Drama Ayat-Ayat Halal



Post a Comment for "Sinopsis Ayat-Ayat Halal"