Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cinta Yang Pulang Sinopsis

Drama Cinta Yang Pulang

Cinta Yang Pulang



Saksikan drama adaptasi novel bertajuk Cinta Yang Pulang karya Wawa Akil yang mempertemukan gandingan pelakon utama Izzue Islam dan Ummi Nazeera.

Drama Cinta Yang Pulang bakal menemui penonton RTM mulai 4 September ini, setiap Khamis hingga Sabtu, pukul 8.00 malam di TV2.


Info Drama Cinta Yang Pulang

Info Drama Cinta Yang Pulang



Judul : Cinta Yang Pulang

Episod : 26

Tarikh : 4 September 2021

Waktu Siaran : Khamis-Sabtu, 8:00 Malam

Siaran Tv : Tv2 (Rtm)

Penulis Novel : Wawa Akil

Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan, Liza Ali

Pengarah : Bade Hj Azmi

Produksi : Suhan Movies & Trading, Telemal Production


Pelakon Drama Cinta Yang Pulang 

Pelakon Drama Cinta Yang Pulang


  1. Izzue Islam
  2. Ummi Nazeera
  3. Azwan Kombos
  4. Jasmine Suraya
  5. Melanie Tan, Zalfa Zin
  6. Shah Iskandar
  7. Fizz Fairuz
  8. Amar Asyraf
  9. Areef Amran
  10. Scha Elinnea
  11. Farhan Asri
  12. Kuna Muzani
  13. Raja Azmi
  14. Rahim Omar
  15. Azhar Amir
  16. Nur Dhia Irdina


Watak Pelakon Drama Cinta Yang Pulang

Watak Pelakon Drama Cinta Yang Pulang


  • Izzue Islam Berlakon Sebagai Noah Imran
  • Ummi Nazeera Berlakon Sebagai Adina Insyirah
  • Jasmine Suraya Berlakon Sebagai Thia
  • Fizz Fairuz Berlakon Sebagai Datuk Saziman
  • Azwan Kombos Berlakon Sebagai Zain
  • Melanie Tan Berlakon Sebagai Balqis
  • Zalfa Zin Berlakon Sebagai Sakinah
  • Areef Amran Berlakon Sebagai Adib
  • Raja Azmi Berlakon Sebagai Datin Hasanah


Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang


Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang


Kisahnya berlatarkan tentang watak utamanya, Adina Insyirah yang pernah disakiti oleh pemuda bernama Noah Imran. Kemuncaknya Noah telah menuduh Dina menyebarkan gambar tidak senonoh kekasihnya, Thia.

Tanpa menyiasat kebenaran di sebalik berita yang tersebar, Noah telah menghamburkan kata-kata makian dan hinaan yang benar-benar telah mencemarkan maruah diri Dina.

Selepas perisiwa itu Dina telah berhijrah ke Australia. Selepas sahaja pemergian Dina, terbongkar kisah sebenar bahawa penyebaran gambar sebenar bahawa ianya bukan dilakukan oleh Dina.

Noah menyimpan rasa kesal yang tidak berkesudahan kerana tindakan tidak berasasnya kepada gadis itu. Selama 12 tahun dia menunggu ruang kemaafan di hati Dina untuk dirinya. 

Setelah 12 tahun juga Dina sekeluarga telah kembali ke tanah air. Pertemuannya dengan Dina membuka lembaran baru untuk Noah kerana dia mula jatuh cinta pada gadis tersebut.

Tetapi sebaliknya berbeza dengan penerimaan Dina. Apa yang ada dalam dirinya hanyalah rasa dendam dan benci terhadap lelaki yang sanggup menghinanya satu ketika dulu. 

Namun perancangan ibu-ibu memang hebat. Dina terpaksa menjadi PA Noah, membuka peluang Noah untuk memikat hati Dina. Lalu apakah kesudahannya?


Teasers Episod  1 Cinta Yang Pulang 

Noah dan Adina bersahabat baik. Mereka tinggal berjiran dan belajar di kolej yang sama. Adina adalah seorang yang kelam kabut dan mudah panik. Noah sering mengejek dan membuli Adina. Di kolej Noah mempunyai seorang kekasih bernama Thia. Cemburu melihat keakraban antara Noah dan Adina, Thia telah memfitnah Adina dan menuduh dia menyebarkan gambar kurang sopan Thia.