Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Diva Popular 2 - Sinopsis

Drama bersiri Diva Popular 2 telah menemui penonton melalui slot Dramedi, bermula 25 September 2021 menggantikan drama Penghulu Interim. Drama terbitan Rumah Karya Citra, arahan Rashid Sibir ini diteruskan lagi sebanyak 13 episod. 

Diva Popular 2 masih mengekalkan Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Nabila Huda dan Tiz Zaqyah sebagai peneraju utama bersama Syafiq Kyle dan Jalaluddin Hassan untuk menambahkan lagi kehangatan siri kali ini.

Saksikan Diva Popular 2 disiarkan setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 9.00 malam di Awesome TV (Astro saluran 123, MyTV saluran 112) dan penonton boleh mengulang tonton melalui laman sesawang rasmi Awesome TV pada bila-bila masa.

Info Diva Popular 2

Diva Popular 2
Diva Popular 2 


  1. Judul : Diva Popular 2
  2. Episod : 13
  3. Tarikh Tayangan : 25 September 2021
  4. Waktu Siaran : Jumaat-Ahad, 9.00 Malam
  5. Rangkaian : Tv Awesome
  6. Pengarah : Rashid Sibir
  7. Produksi : Rumah Karya Citra

Pelakon Diva Popular 2

  1. Fauziah Ahmad Daud
  2. Erma Fatima
  3. Nabila Huda
  4. Tiz Zaqyah
  5. Syafiq Kyle
  6. Shah Ikandar
  7. Kaka Azraff
  8. Yusof Hashim
  9. Jalaluddin Hassan
  10. Ustazah Asni Mansor,
  11. Ellie Suriaty
  12. Didies Alias
  13. Hasnul Rahmat
  14. Ag Coco

Lagu Tema (Ost) Diva Popular 2

Chikadun - Floor 88 

Sinopsis Diva Popular 2

Musim sebelum ni, menyajikan kisah Erma Erika (Nabila Huda) dan Ika Natalia (Tiz Zaqyah) yang berebutkan Syazwan (Ben Amir), kali ini Engku Emran (Syafiq Kyle) pula menjadi lelaki rebutan. 

Engku Emran yang begitu mencuba untuk mendekati Erma Erika ternyata tidak disenangi oleh Ika Natalia yang berterusan menggunakan pelbagai taktik dan helah untuk menggoda Engku Emran. 

Pertelingkahan antara mereka berterusan ketika menjalani sesi penggambaran filem bersama. Ada sahaja ketidakpuasan hati antara mereka, dan konflik semakin memuncak dengan campur tangan ibu masing-masing iaitu Lola Kartika (Ogy Ahmad Daud) dan Datuk Rona Alfonso (Erma Fatima).