Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Ganjil - Sinopsis

Saksikan Drama Ganjil sebuah kisah percintaan yang romantik, penuh fantasi  lakonan Fattah Amin dan Diana Danielle. 

Drama Ganjil diterbitkan oleh Razor’s Edge Pictures, arahan Datuk Yusry Abdul Halim. Ganjil akan mula ditayangkan pada 30 September ini, dengan dua episod ditayangkan setiap Khamis sehingga 28 Oktober. 

Penonton boleh menyaksikan  Drama Ganjil menerusi aplikasi Viu. Hanya muat turun secara percuma melalui  App Store, Google Play, dan TV pintar terpilih, atau laman web di www. viu. com. 

Drama Ganjil - Sinopsis
Drama Ganjil - Sinopsis


Info Drama Ganjil

  • Judul : Ganjil
  • Episod : 10
  • Rangkaian : Viu
  • Tayangan : 30 September 2021
  • Idea Asal : Saniboey Mohd Ismail
  • Skrip : Evelyn Afnilia, Yasmin Yaacob, Azhar Amirulhisyam
  • Pengarah : Yusry Abdul Halim
  • Produksi : Razor’s Edge Pictures

Pelakon Ganjil

  1. Fattah Amin
  2. Diana Danielle
  3. Izzue Islam
  4. Fatin Afeefa
  5. Eizlan Yusof
  6. Aida Aris
  7. Syed Irfan
  8. Alyssa Dezek
  9. Imuda
  10. Amir Nafis
  11. Danish Hazriq
  12. Azri Sabri

Watak Pelakon Ganjil

  1. Fattah Amin sebagai Amry
  2. Diana Danielle sebagai Nabila
  3. Izzue Islam sebagai Ihsan
  4. Fatin Afeefa sebagai Sally
  5. Eizlan Yusof sebagai Haris
  6. Aida Aris sebagai Rina
  7. Amir Nafis sebagai Nizam
  8. Azri Sabri sebagai Razak

Lagu Ganjil

  1. Bisikan -  Noh Salleh
  2. Tanpa Cinta  -  Izwan Talhah


Sinopsis Ganjil

Kisah Amry, seorang jurutera IT introspektif dan Nabila, artis sosial media terkenal dipertemukan takdir dalam cara paling aneh dan menjangkaui imaginasi menerusi pertemuan dalam mimpi. 

Sebuah persahabatan telah terjalin dalam mimpi, dan menjadi berharga setiap hari. Rahsia yang mereka simpan dari pengetahuan orang bertukar menjadi pengembaraan mimpi mereka. 

Mereka berdua ingat mereka masing-masing adalah produk imaginasi kesedaran mereka, sehinggalah mereka temui petunjuk yang membawa kepada diri masing-masing di dunia realiti. 

Tetapi apabila Amry dan Nabila cuba berhubung, mereka menyedari takdir memiliki cara tersendiri untuk menemukan mereka.

Amry dan Nabila mendapati diri mereka bertemu insan yang mereka impikan. Pasangan ini bertembung di dalam mimpi mereka, pada satu malam istimewa di mana mimpi mereka bercantum menjadi satu.

Ketika mereka mendapati masing-masing mungkin hanya satu watak di dalam alam mimpi, tanpa mereka sedari, kedua-duanya menjadi lebih erat, berkongsi rahsia dan berdepan dengan ketakutan bersama. 

Mimpi mereka adalah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik. Ganjil juga memaparkan kesulitan yang dirasai ramai untuk mencari tempat di dunia sebenar, sambil cuba mengimbangi tanggungjawab seseorang terhadap keluarga.


Post a Comment for "Drama Ganjil - Sinopsis"