Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Air Mata Pendosa Sinopsis

Air Mata Pendosa Sinopsis
Air Mata Pendosa Sinopsis


Saksikan telefilem sempena Maulidur Rasul yang bertajuk Air Mata Pendosa. Air Mata Pendosa dilakonan oleh Risteena Munim, Iman Zulkarnain dan Aida Khalida pada Selasa (19 Oktober 2021) pukul 9.00 malam di TV2.

Info Air Mata Pendosa

  • Judul : Air Mata Pendosa
  • Waktu Siaran : Selasa, 19 Oktober 2021, 9:00 Malam  
  • Rangkaian : Tv2 (Rtm)
  • Penulis Skrip : Rosmadewi Zin
  • Pengarah : Adam Hamid
  • Produksi : Moonlight Film Sdn Bhd

Pelakon Air Mata Pendosa 

  • Risteena Munim
  • Iman Zulkarnain
  • Aida Khalida
  • Bea Rameshan
  • Khalida Balqis

Sinopsis Air Mata Pendosa

Nurlisa memulakan kehidupan baru bersama anak lelakinya Amir selepas dia dan Nazmi bercerai. Nazmi yang telah berkahwin lain tidak pernah lalai terhadap tanggung jawabnya ke atas Nurlisa dan Amir walaupun dia dan isterinya sering bergaduh kerana isterinya menganggap Nazmi tidak adil dalam memberi nafkah. 

Malang tidak berbau, Nurlisa ditimpa musibah di mana Amir terkorban dalam sebuah kejadian langgar lari. Kejadian tersebut menambahkan lagi duka buat Nurlisa hingga mengalami tekanan perasaan dan tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupan.