Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cinta Yang Tertangguh Sinopsis

Cinta Yang Tertangguh Sinopsis
Cinta Yang Tertangguh Sinopsis


Drama Cinta Yang Tertangguh merupakan drama yang diadaptasi dari novel 'Cinta Yang Tertangguh' karya Zaza Qry.  Drama Cinta Yang Tertangguh bakal menampilkan gandingan pelakon Luqman Hafidz dan Sweet Qismina. 

Drama Cinta Yang Tertangguh merupakan terbitan Suhan Movies & Trading, diarahkan oleh Amie Maziah. Akan disiarkan di saluran RTM.

Info Cinta Yang Tertangguh

  1. Judul: Cinta Yang Tertangguh
  2. Episod: 26
  3. Tarikh Tayangan: 2022
  4. Waktu Siaran: -
  5. Siaran Tv: Tv1 (Rtm)
  6. Penulis Skrip: Sharifah Abu Salem
  7. Pengarah: Amie Maziah
  8. Produksi: Suhan Movies & Trading

Pelakon Cinta Yang Tertangguh 

  1. Luqman Hafidz
  2. Sweet Qismina
  3. Laila Nasir
  4. Firdaus Ghufran,
  5. Arissa Puteri
  6. Muaz Fitri
  7. Eryn Gani
  8. Mustapha Kamal
  9. Halim Radzi
  10. Mimi Ernida

Watak Pelakon Cinta Yang Tertangguh

  1. Luqman Hafidz sebagai Adrish Haqiey
  2. Sweet Qismina sebagai Hanania
  3. Laila Nasir sebagai Tengku Raziah
  4. Firdaus Ghufran sebagai Syaqer  
  5. Arissa Puteri sebagai Mya 
  6. Muaz Fitri sebagai Jaf
  7. Eryn Gani sebagai Elisa
  8. Mustapha Kamal sebagai Reza
  9. Amai Kamarudin sebagai Arash


SINOPSIS CINTA YANG TERTANGGUH

Kematian mengejut abang ipar dan kakaknya membuatkan Hanania menjadi ibu segera kepada dua orang anak saudaranya. Tidak pernah dia mengeluh walaupun terpaksa menjaga amanah itu. Cuma, ketika kawan sekolahnya datang bertemu dengannya, dia terpaksa menipu dek kerana didesak.

Desakan itu membuatkan Hanania menunjukkan gambar bakal suaminya dalam sebuah majalah. Rupanya lelaki itu memang wujud. Wujud dalam versi yang amat menjengkelkan. Tambahan pula, Adrish Haqiey adalah bos tempat kerja barunya.

Kerana insiden tertumpahkan jus tomato atas skirt Elise, Adrish, paksa Hanania kerja membasuh baju-bajunya. Hanania tidak menolak, kerana apa saja yang mendatangkan pendapatan untuknya, akan dia terima.

Adrish tak sukakan Hanania kerana dia bertudung, tapi tetap sakit hati bila ada lelaki dekat dengan Hanania. Paling geram apabila bekas kekasih Hanania, Afii, datang mencari Hanania. Hanania yang mahu melarikan diri daripada Afii meminta tolong Adrish. Adrish on saja. Maka jadilah mereka suami dan isteri palsu.

Bila Adrish Haqiey mula anggap hubungan palsu itu sebagai yang benar, Hanania tak senang duduk. Panggilan love juga buat Hanania penasaran.

Cinta Yang Tertangguh Cast

Cinta Yang Tertangguh Cast

Cinta Yang Tertangguh Cast


Post a Comment for "Cinta Yang Tertangguh Sinopsis"