Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Tahyul - Sinopsis

Drama Tahyul - Sinopsis
Drama Tahyul - Sinopsis


Drama Tahyul - Saksikan drama Tahyul bakal mengisi slot Samarinda TV3 bermula 12 Oktober ini, pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Info Drama Tahyul

  1. Judul : Tahyul
  2. Episod : 18
  3. Tarikh Tayangan : 12 Oktober 2021
  4. Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 Malam
  5. Rangkaian : Tv3 - Slot Samarinda
  6. Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
  7. Pengarah : Junaimeramfizal Rahmat (Che Mie)
  8. Produksi : Zeel Production Sdn Bhd

Pelakon Tahyul

  1. Aniq Suhair
  2. Wani Kayrie
  3. Cik B
  4. Ahmad Adly Sofwan
  5. Shah Khan
  6. Rozita Che Wan
  7. Tania Hudson
  8. Aidit Noh
  9. Fauziah Latiff

Watak Pelakon

  • Aniq Suhair sebagai Afiq
  • Wani Kayrie sebagai Fathia
  • Cik B sebagai Illy
  • Ahmad Adly Sofwan sebagai Boy
  • Shah Khan sebagai Hakim
  • Aidit Noh sebagai Ghazry
  • Tania Hudson sebagai Mina
  • Fauziah Latiff sebagai Puan Qaseh
  • Rozita Che Wan sebagai Detektif Masni
  • Halmey Hamdah sebagai Ustaz
  • Nur Dania Miazara sebagai Sofea
  • Nur Raisha Izzara sebagai Iris


Lagu Tema (Ost) Tahyul

  • Demi Kamu - Indah Ruhaila
  • Kuala  Lumpuh - Dunya


Sinopsis Tahyul

Sekumpulan pencipta kandungan dari laman sosial "Tales Of Tahyul" telah merancang untuk merakam aktiviti paranormal di sebuah banglo usang. Namun rancangan mereka itu hanyalah lakonan semata-mata bagi tujuan meraih tontonan netizen. Hakikatnya lokasi yang  dipilih itu meman dihuni oleh makhluk halus. Lakonan dan penipuan mereka bertukar menjadi tragedi setelah mereka menerima gangguan makhluk halus dan terperangkap di dalam banglo usang itu.


Tahyul Episod 1

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Sekumpulan content creator yang dianggotai oleh Afiq, Boy dan Illy sedang melakukan rakaman di sebuah gua di sebuah perkampungan. Dalam rakaman Live IG itu, Afiq yang sedang merekod situasi, mengatakan gua itu dihuni oleh seekor pontianak. Sedang asyik melakukan rakaman, mereka menerima gangguan kelibat yang menakutkan. Mereka sempat merakam detik-detik cemas dan menyeramkan yang mengganggu mereka. Rakaman mereka berjaya meraih perhatian penonton yang memang mengikuti laman Tales of Tahyul di IG.


Tahyul Episod 2

Penemuan rangka kanak-kanak perempuan telah menggemparkan penduduk Kampung Kaki Bukit. Rangka kanak-kanak perempuan itu dijumpai oleh remaja kampung yang melepak di sekitar kawasan hutan dalam dan gunung ganang. Kes itu telah disiasat oleh Detektif Masni. Heboh satu Malaysia tentang penemuan rangka itu. 


Post a Comment for "Drama Tahyul - Sinopsis"