Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Oh My Hantaran - Sinopsis

Nantikan drama bersiri bertajuk Oh My Hantaran menampilkan gandingan baharu Noki K-Clique dan Elisya Sandha. 

Drama Oh My Hantaran arahan Suhaimi Lua, skrip oleh MF Kencana. Akan menghiasi slot Diandra di TV9 pada Disember ini.

Oh My Hantaran
Oh My Hantaran 


Info Drama Oh My Hantaran

  1. Judul: Oh My Hantaran
  2. Episod: 20
  3. Tarikh Tayangan: Disember 2021
  4. Waktu Siaran: Isnin-Rabu, 830 Malam
  5. Rangkaian: Tv9 - Slot Diandra
  6. Penulis Skrip: Mf Kencana
  7. Pengarah: Suhaimi Lua
  8. Produksi: Tanah Beris Film Production


Pelakon Drama Oh My Hantaran/cast of oh my hantaran

  1. Noki K-Clique
  2. Elisya Sandha
  3. MK K-Clique
  4. Anna Jobling
  5. Alif Hadi
  6. Syazlin Zainal
  7. Haziq Haiqal
  8. Syarafi Sudarmaji
  9. Faizal Hussein
  10. Kak Girl
  11. Rosli Rahman Adam


Watak Pelakon Drama Oh My Hantaran

  1. Noki K-Clique sebagai Mail
  2. Elisya Sandha sebagai Mira 
  3. MK K-Clique sebagai Rizal 
  4. Anna Jobling sebagai Alia
  5. Alif Hadi sebagai Emi
  6. Syazlin Zainal sebagai Syikin
  7. Syarafi Sudarmaji sebagai Farish


Sinopsis Drama Oh My Hantaran

Oh My Hantaran mengisahkan tentang Mira (lakonan Elisya Sandha) iaitu gadis idaman kampung yang bercinta dengan Mail (Noki K-Clique), seorang pemuda kampung yang rajin bekerja dengan Pak Hassan yang telah dianggap bapa.

Walaupun saling menyayangi, namun hubungan mereka tidak direstui bapanya, Encik Sabri (Rosli Rahman Adam). Ini kerana bapanya berharap Mira akan berkahwin dengan anak ketua kampung, Rizal (MK K-Clique).

Mana tidaknya, Rizal adalah anak orang kaya yang bakal mewarisi tanah dan perniagaan bapanya malah berkelulusan universiti. Namun, Rizal sebenarnya seorang samseng kampung yang berkelakuan baik di hadapan ibu bapanya.

Kisahnya bermula apabila Encik Sabri bersetuju menerima Mail sebagai menantu dan berkahwin dengan Mira, tetapi Mail perlu menyediakan wang hantaran sebanyak RM51,000 dan tempoh sebulan. Oleh itu, Mail terus berusaha mengumpul wang yang banyak dalam tempoh yang singkat demi untuk mengahwini Mira.

Mail nampaknya menemui jalan buntu untuk mengumpul begitu banyak wang dalam tempoh yang singkat. Disebabkan itu, ibu Mail akhirnya menyuruh Mail berjumpa dengan bapa kandungnya, Malek di Kuala Lumpur.

Ayahnya berjanji untuk membantunya, tetapi Mail perlu mendapatkan semula wang ayahnya daripada penghutang. Dengan itu, bapanya akan memberi ganjaran berdasarkan jumlah kutipan yang berjaya dikutip.

Di sinilah bermulanya cabaran Mail sebagai pengutip hutang untuk mencari wang dalam tempoh terdekat. Kerja yang dilakukan tidak dimaklumkan oleh Mira dan dilakukan tanpa pengetahuan bakal isterinya.

Jadi adakah Mail akhirnya berjaya mengumpul wang hantaran dan mencari kebahagiaan bersama Mira? Atau ia akan jatuh ke tangan Rizal?

oh my hantaran cast, oh my hantaran pelakon, oh my hantaran episode, oh my hantaran full episode, oh my hantaran episode 20.


Post a Comment for "Oh My Hantaran - Sinopsis"