Penunggang Agama 2
Nantikan Penunggang Agama 2 lanjutan dari Penunggang Agama 1 sebelumnya, Penunggang Agama 2 merupakan sebuah filem seram thriller arahan Syafiq Yusof, akan datang 19 Oktober di Astro First, saluran 480.
Info Penunggang Agama 2
- Judul: Penunggang Agama 2
- Tarikh Tayangan: 19 Oktober 2021
- Rangkaian: Astro First 480
- Pengarah: Syafiq Yusof
- Produksi: Skop Productions
Pelakon Penunggang Agama 2
- Zul Ariffin
- Tony Eusoff
- Azira Shafinaz
- Nasir Bilal Khan
- Salina Saibi
- Jalaludin Hassan
- Johan As'ari
- Putri Qaseh
- Anna Jobling
Sinopsis Penunggang Agama 2
“Apabila Manusia Bertuhankan Iblis”
Siapakah penunggang agama yang sebenar?
Sekuel filem Penunggang Agama yang sebelumnya meraih kutipan RM3 juta ini mengisahkan pasangan Amir (Zul Ariffin) dan Anna (Azira Shafinaz) yang diganggu Huda (Salina Saibi) berikutan dendam lama.
Salah seorang anak murid Anna iaitu Anim (Sharifah Aisyarha) tiba-tiba hilang tanpa jejak selepas pulang dari kelas mengaji yang diadakan Anna.
Kedua ibu bapa Anim berasa pelik lantas memohon bantuan daripada Amir dan Anna untuk menyelesaikan misteri kehilangan itu.
Dalam masa sama, Amir yang aktif merawat pesakit yang menerima gangguan makhluk halus, menjadi obses dengan pekerjaan sambilan itu kerana keuntungan yang diperolehnya cukup lumayan - selain namanya menjadi viral di media sosial kerana kehebatan menyembuhkan penyakit misteri.
Amir semakin selesa menggelarkan diri dengan nama Ustaz, malah menyarung jubah putih dan berkopiah sebagai imej luaran baharu.
Kehadiran paderi Father Michael (Tony Eusoff) yang juga cuba mencari Anim, amat tidak disenangi Amir.
Ego dan kredibiliti Amir tercabar, lalu Amir menaruh syak wasangka terhadap Father Michael kerana menganggap lelaki itu mempunyai muslihat yang tidak diketahui netizen.
Saksikan naskhah mengenai kewujudan golongan penunggang agama yang begitu dekat dengan kisah dalam masyarakat sekarang ini.
Berada dalam tayangan saluran pawagam rumah, Astro First (CH 480) mulai 19 Oktober 2021 dan boleh didapati dengan harga langganan RM15 untuk tontonan secara berulang-ulang selama 48 jam (2 hari).
Jika anda ingin menonton Penunggang Agama 1, bolehlah melanggan koleksi dua filem ini secara kombo (Penunggang Agama 1 dan Penunggang Agama 2) dengan harga istimewa RM19.90. Tonton online menerusi aplikasi Astro Go dan platform On Demand.
Post a Comment for "Penunggang Agama 2"