Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Roti Cicah Susu Sinopsis

Roti Cicah Susu Sinopsis
Roti Cicah Susu Sinopsis


Nantikan drama terbaru yang diadaptasi dari novel bertajuk Roti Cicah Susu karya Liza Nur akan mengisi slot Megadrama di Astro Ria. Roti Cicah Susu  merupakan drama terbitan JS Pictures, arahan Azman Hj Yahya.

Info Roti Cicah Susu

  1. Judul : Roti Cicah Susu
  2. Episod : -
  3. Tarikh Tayangan : -
  4. Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 Malam 
  5. Rangkaian : Astro Ria - Megadrama
  6. Penulis Novel : Liza Nur
  7. Pengarah : Azman Hj Yahya, Sheila Rusly
  8. Produksi : Js Pictures Sdn Bhd

Pelakon Roti Cicah Susu

  1. Haneesya Hanee
  2. Farahdhiya
  3. Aida Aris
  4. Safwan Nazri
  5. Syazuwan Hassan
  6. Afifah Nasir
  7. Sharifah Shahora
  8. Riezman Khuzaimi
  9. Hazeeq Dean
  10. Fad Anuar

Watak Pelakon Roti Cicah Susu

  1. Haneesya Hanee sebagai Umaira 
  2. Farahdhiya sebagai Arissa
  3. Aida Aris sebagai Ratna
  4. Sharifah Shahora sebagai Puan Markissa
  5. Safwan Nazri sebagai Lutfi
  6. Afifah Nasir sebagai Hernani

Sinopsis Roti Cicah Susu

Umaira (Mai) dibesarkan bersama Elmiyya (Elmy), Arissa (Aris) dan Aiman (Ayim) di sebuah rumah kebajikan, Teratak Markissa. Sebelum dewasa, Teratak Markissa musnah angkara Geng Tengkorak. Mereka semuanya berpisah. Mai terpaksa tinggal bersama si kaki dera. 

Ayim diserahkan kepada Haidar, konco kanan Geng Terkorak. Walaupun bergelar penjenayah, Ayim benci pada keganasan dan sikap kejam Haidar. Hobinya adalah membaca novel-novel cinta hasil karya Widad Qameela. 

Pertemuan Widad dan Ayim di dalam penerbangan ke Malaysia telah membawa kejutan. Widad rupa-rupanya adalah Mai, si comot berhingus yang pernah bergerak bagaikan kembar siam dengannya dulu. Bagaimana pula dengan rakan-rakan lama mereka yang lain?


Post a Comment for "Roti Cicah Susu Sinopsis"