Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Semanis Senyumanmu - Sinopsis

Semanis Senyumanmu - Sinopsis
Semanis Senyumanmu - Sinopsis


Saksikan drama Semanis Senyumanmu lakonan Aiman Hakim dan Daiyan Trisha ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021.

Drama Semanis Senyumanmu ditayangkan di TV3 bermula 7 Oktober, setiap Isnin-Jumaat jam 7:30 malam. 

Info Semanis Senyumanmu

  1. Judul : Semanis Senyumanmu
  2. Episod : 16
  3. Tayangan Disney+ : 1 Jun 2021
  4. Tayangan  Tv3 : 7 Oktober 2021
  5. Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:30 Malam
  6. Penulis Skrip : Nur Hussein
  7. Pengarah : Faizul Jais
  8. Produksi : Parallax Pictures

Pelakon Semanis Senyumanmu - Sinopsis
Pelakon Semanis Senyumanmu 


Pelakon Semanis Senyumanmu

  1. Aiman Hakim
  2. Daiyan Trisha
  3. Aqilah Abas
  4. Mia Deen
  5. Shekeen Waida
  6. Adib Azlan
  7. Shyrim Husni
  8. Abbas Mahmood
  9. Akhmal Nazri
  10. Zahirah Macwilson
  11. Awie
  12. Zoul Muhammad
  13. Thaqif Zohiri
  14. Adib Fikri
  15. Lokman Hakim
  16. Afif Mikhail
  17. Sofea Ace
  18. Rozuki
  19. AG Aziz
  20. Rashimah
  21. Muhammad Nur Iman


Watak Pelakon Semanis Senyumanmu

  1. Aiman Hakim sebagai Chef Azim
  2. Daiyan Trisha sebagai Azra
  3. Shyrim Husni sebagai Naufal
  4. Shekeen Waida sebagai Azreen
  5. Adib Azlan sebagai Fariz
  6. Mia Deen sebagai Nisa
  7. Zoul Muhammad sebagai Chef Jamal
  8. Thaqif sebagai Chef Ali
  9. Adib Fikri sebagai Chef Fik


Lagu Tema (Ost) Semanis Senyumanmu

  1. Kalau Kau Rindu - Luqman Podolski
  2. Thinking Bout Us - Daiyan Trisha


Sinopsis Semanis Senyumanmu

Mengisahkan tentang Azim (Aiman Hakim Ridza) yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran terkenal dan makanan hasil masakannya selalu mendapat pujian. Azim tidak berpuas hati apabila terdengar seorang pelanggan mengkritik kuih lopes yang dimasaknya tidak mempunyai tekstur yang memuaskan. 

Azim cuba memasak semula kuih lopes dan meminta pandangan daripada stafnya dan tiada yang kurang pada kuih buatannya. Azim tidak dapat menerima kritikan dan merasakan pelanggan tersebut perasan bagus.

Azra (Daiyan Trisha) membuka sebuah bakery bersama kawan baiknya, Iman (Aqilah Abas) dan banyak menyibukkan diri dengan membuat bermacam-macam jenis manisan sejak putus dengan teman lelakinya.

Iman risau melihat keadaan Azra dan menyuruh kawan baiknya itu supaya berehat buat sementara waktu daripada membuat kerja di bakery tersebut.

Suatu hari, Azim menemani anak saudaranya yang mahu membeli manisan di bakery berdekatan rumahnya. Sewaktu membuat bayaran, Azim baru perasan yang pemilik bakery tersebut adalah orang yang sama mengkritik kuih lopesnya sebelum ini. Dalam masa yang sama, Azim turut mengkritik balik roti buatan Azra yang tidak mempunyai tekstur yang memuaskan.

Mereka kemudiannya bertemu kembali dalam satu majlis, Azra meminta maaf pada Azim dan menawarkan diri untuk mengajar Azim membuat kuih memandangkan itu adalah kepakarannya. Adakah Azim akan bersetuju dengan tawaran tersebut dan berbaik dengan Azra?