Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Alamak Lagi-Lagi Dia Sinopsis

Alamak Lagi-Lagi Dia Sinopsis
Alamak Lagi-Lagi Dia Sinopsis

Alamak Lagi-Lagi Dia Sinopsis - Nantikan drama baharu adaptasi novel  Alamak Lagi-Lagi Dia karya Mazni Aznita akan disiarkan di saluran RTM. 

Drama Alamak Lagi-Lagi Dia akan menampilkan gandingan pelakon utama Wafariena Roslan, Iman Zulkarnain dan Hariz Hamdan. Diarahkan oleh Amor Rizan.

Info Alamak Lagi-Lagi Dia

  1. Judul : Alamak Lagi-Lagi Dia
  2. Episod : 30
  3. Tarikh Tayangan : -
  4. Waktu Siaran : -
  5. Rangkaian : Rtm
  6. Penulis Novel : Mazni Aznita
  7. Penulis Skrip : Farhana Fauri
  8. Pengarah : Amor Rizan
  9. Produksi : An Universal Sdn Bhd


Pelakon Alamak Lagi-Lagi Dia

Pelakon Alamak Lagi-Lagi Dia
Pelakon Alamak Lagi-Lagi Dia 


  1. Wafariena Roslan sebagai Syafika (Cika)
  2. Iman Zulkarnain sebagai Nadim Imran
  3. Hariz Hamdan sebagai Idham Hariz
  4. Nazzaty Rusli sebagai Gina
  5. Alia Zekri sebagai Puan Bahyah
  6. Ikhlas Jalil sebagai Bakri (Ubek)
  7. Jaafar Onn sebagai Dato Fakri
  8. Shaharuddin Thamby sebagai Tan Sri Jabbar
  9. Amy Nur Tinie sebagai Naomi
  10. Hasnol sebagai Tuan Aziz
  11. Sazrin Aizul sebagai Zack
  12. Anne Ngasri sebagai Marcella
  13. Syel Ramlan sebagai Puan Aisyah
  14. Ewan Fauzi sebagai Zain
  15. Sri Idrina sebagai Ziana
  16. Darling Ngasri sebagai Sally


Sinopsis Alamak Lagi-Lagi Dia

Sinopsis Alamak Lagi-Lagi Dia
Sinopsis Alamak Lagi-Lagi Dia


The Loser gelaran yang tidak pernah dimahunya. Namun kerana sekeping surat dia menjadi mangsa buli di sekolah. Trauma dengan seorang insan bernama Idham Hariz di zaman persekolahannya, membuatkan Syafika tidak pernah punya teman lelaki, walau asyik blind date dengan lelaki-lelaki berbeza. Nadim Ammar, si Pianist yang selamba, keras kepala tetapi punya prinsip tersendiri tentang cinta. Bertunang dengan Emilia, anak Tan Sri Jabbar bukan atas kerelaan hati. 


Kes silap masuk khemah di tempat memancing mempertemukan si Loser dan si Pianist ini. Syafika dengan perangai A, Nadim dengan perangai B. Syafika gadis kerek bagi Nadim. Nadim lelaki poyo menurut tafsiran Syafika. Tapi antara pro dan kontra, anehnya mereka sering bertemu. Dan seperti kisah-kisah cinta yang lain, bertemu itu maknanya berjodoh. Berjodoh itu maksudnya cinta. 


Syafika masih tidak yakin. Bila soal cinta berada di pasak hati, dia seperti gadis bingung. Tapi si Pianist itu sudah mencuri hatinya. Namun bila cinta mula bersemi, Idham muncul kembali, mahu mencuri hati Syafika yang dahulu dibuli dan dikeji. Siapa yang akan Syafika pilih? Lelaki di masa lalu atau masa kininya? Lalu siapa yang harus dicuri cintanya? Cinta si Pianist yang cool atau cinta si kaki buli yang tampan?


Post a Comment for "Alamak Lagi-Lagi Dia Sinopsis"