Biodata Aedy Ashraf
Biodata Aedy Ashraf |
Mohammed Zaedy Ashraf bin Rosmadi (lahir 20 September 1993) atau lebih terkenal sebagai Aedy Ashraf (Jawi: ايدي أشرف) ialah seorang pelakon dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2003 menerusi filem Jutawan Fakir dan sejak itu, beliau membintangi puluhan drama dan telefilem.
Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan sebagai pelakon kanak-kanak, beliau paling dikenali sebagai Faiz dalam Waktu Rehat, Muhammad dalam Qalesya; Shafiq dalam Oh My English! dan Mukhriz dalam Cinta Tiada Ganti. Aedy mewarisi bakat lakonan daripada ibunya, seorang dramatis popular sejak era 90-an iaitu Liza Zain.
Biodata Aedy Ashraf
- Nama Penuh: Mohammed Addy Ashraf Bin Rosmadi
- Nama Komersial: Addy Ashraf / Aedy Ashraf
- Tarikh Lahir: 20 September 1993
- Asal: Kelantan
- Bangsa: Melayu
- Agama: Islam
- Warganegara: Malaysia
- Kerjaya: Pelakon
- Tahun Aktif: 2003
- Drama: Papa Nak Menantu, Dendam Aurora, Hero Seorang Cinderella, Bahagia Kasihmu, Black Belt Kaler Pink, Suamiku Paling Sweet, Lara Aishah, Sesal Separuh Nyawa, Kisah Cinta Kita dan banyak lagi
- Telefilem: Komplot, Gadis Tudung Merah dan Labu Labi, Salam Buat Kekasih, Pulang, Memoir Pencanting Batik, Cerita Adam, Heri Bota
- Filem: Cinta Cholesterol, Jutawan Fakir, Tangkai Jering, Tak Ori Tapi OK, Tentang Bulan, Dorm Melati
- Instagram: @aedyxashraf
- Twitter: @aedyxashraf
- Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Aedy_Ashraf
Aktiviti lain
Di luar kerjaya lakonan, Aedy merupakan pemilk dan pengasas bersama gerai snek kentang goreng, Fam Fries yang beroperasi di The Podium, Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Aedy berkata, idea untuk mengusahakan perniagaan makanan bermula ketika mencuba kentang goreng serupa di gerai rakannya pada 2016.
Kehidupan peribadi
Pada tahun 2017, beliau dikatakan bahawa beliau pernah bergosip dengan pelakon Fasha Sandha yang juga merupakan isteri kepada Aidil Aziz.[3] Beliau juga merupakan seorang yang berpegang pada prinsip mendahului bakat, dan bukan bersandarkan populariti.
Fakta Menarik Aedy Ashraf
- Juga dikenali sebagai Addy Ashraf.
- Anak kepada pelakon era 80-an, Liza Zain yang masih aktif berlakon.
- Bergiat dalam dunia lakonan sejak berumur lapan tahun. Sewaktu itu, beliau popular menerusi watak Asmawi dalam filem Tentang Bulan, Faiz menerusi siri Waktu Rehat, Muhammad dalam drama Qalesya dan Shafiq dalam siri Oh My English.
- Drama pertama lakonannya ialah Doa Imran pada tahun 2004.
- Terkini beliau tampil berimej matang dan dewasa, seterusnya mendapat perhatian sewaktu membintangi drama rantaian Hero Seorang Cinderella membawakan watak sebagai Darius dan Cinta Tiada Ganti sebagai Mukhriz.
- Drama popular lain yang dibintanginya seperti Dunia Baru, Cinta Elysa, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Lara Aishah, Suamiku Paling Sweet, Dendam Aurora dan Papa Nak Menantu.
- Manakala antara telefilem lakonannya seperti Banglo Seksyen 2, Salam Buat Kekasih, Kubur Berdarah dan Komplot.
- Beberapa filem terkenal dibintanginya seperti Jutawan Fakir, Cinta Kolestrol, Tangkai Jering, Tentang Bulan, Blok 404 dan Gol & Gincu Vol. 2.
- Mengakui dirinya seorang yang kurang bergaul dengan orang sekeliling sewaktu kemunculan awal dalam dunia seni sehinggalah pada tahun 2016 di mana beliau mengikat kontrak dengan label pengurusan artis, A Klasse Management yang bertanggungjawab mengaturkan sesi fotografi untuk mendekatkannya dengan pihak media.
- Mengagumi bakat dan hasil kerja pelakon berkaliber, Bront Palare
Post a Comment for "Biodata Aedy Ashraf"