Jangan Ganggu Jodohku Sinopsis
Jangan Ganggu Jodohku Sinopsis |
Saksikan Drama Jangan Ganggu Jodohku, merupakan drama adaptasi novel 'Jangan Ganggu Jodohku' karya Umie Nadzimah akan datang di slot MegaDrama Astro Ria. Drama Jangan Ganggu Jodohku menampilkan gandingan Yusuf Bahrin dan Shaza Bae. Drama arahan Jamal Khan, terbitan Orangetree Production akan tayang 29 November 2021.
Info Jangan Ganggu Jodohku
- Judul : Jangan Ganggu Jodohku
- Episod : 24
- Tarikh Tayangan : 29 November 2021
- Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 Malam
- Siaran Tv : Slot Megadrama Astro Ria
- Pengarah : Jamal Khan
- Produksi : Orangetree Production
Pelakon Jangan Ganggu Jodohku:
- Shaza Bae
- Yusuf Bahrin
- Norreen Iman
- Amerul Affendi
- Salina Saibi
- Sabhi Saddi
- Sherry Ibrahim
- Hasnul Rahmat
- Ku Faridah
- Rosli Rahman Adam
- Azizah Mahzan
- Shah Iskandar, Zalfa Zin
Watak Pelakon Jangan Ganggu Jodohku
- Shaza Bae sebagai Aliza
- Yusuf Bahrin sebagai Dr.Imran
- Norreen Iman sebagai Shahida
- Amerul Affendi sebagai Abu
- Salina Saibi sebagai Saka Makcik Lempeng
- Sabhi Saddi sebagai Ustaz Hadhari
- Sherry Ibrahim sebagai Kak Saleha
Pelakon Jangan Ganggu Jodohku Sinopsis |
Sinopsis Jangan Ganggu Jodohku
Kisah saka yang menghantui hidup Aliza dan Imran. Aliza dirundung sumpahan akan disusahkan usaha berkahwin selagi dia tidak mewarisi saka dari keturunan nenek saudaranya. Aliza boleh berinteraksi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu sejak kecil lagi. Aliza jatuh cinta pada Doktor Imran yang mana tidak disukai oleh Abu.
Doktor Imran seorang yang bermikiran moden, kerek, sombong, riak dengan ilmu perubatannya. Imran tidak percaya dengan hal mistik tetapi selepas diganggu oleh saka Makcik Lempeng dia mula berubah menjadi seorang warak. Pada mulanya Imran tidak suka pada Aliza namun selepas berubah dia mula mencintai Aliza dan cuba mempertahankan cintanya pada Aliza agar tidak diganggu oleh Abu.
SINOPSIS NOVEL JANGAN GANGGU JODOHKU
Aliza tak pernah suka pada mana-mana lelaki walaupun tak putus-putus orang datang meminang. Jauh dalam sudut hati, dia juga seperti gadis-gadis lain, ada keinginan untuk punya pasangan dan berumah tangga. Namun, setiap kali hal kahwin disebut, emosinya akan berkecamuk dan jatuh sakit. Dan penyakitnya pula sangat aneh!
Entah macam mana, Aliza boleh jatuh cinta sakan pada Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dengan lelaki pujaannya itu. Pelbagai cara dia cuba untuk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran.
Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dengan hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura untuk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental!
Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yang sinonim dengan Imran. Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu.
Siapa sangka, wanita yang disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka untuk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan pujaan hatinya itu.
Tak sudah-sudah Imran yang sudah berubah menjadi lelaki baik itu dikutuk dan dimaki. Calang-calang orang, sudah lama angkat kaki. Namun, Imran tetap bersabar. Penyakit Aliza mesti dirawat. Itu tekad Imran.
Apa sebenarnya penyakit aneh yang dialami Aliza sehingga dia seolah-olah disumpah tidak boleh berkahwin? Setelah mengharungi pelbagai halangan, berjayakah Imran menikahi dan mengubati penyakit Aliza?
jangan ganggu jodohku episode 1, jangan ganggu lirik, aku pilih bahagia drama, drama melayu 2021, megadrama astro ria 2021, novel imamku lelaki pendosa, aku pilih bahagia, jangan ganggu chord
Post a Comment for "Jangan Ganggu Jodohku Sinopsis"