Jangan Menangis Cinta Sinopsis
Saksikan Drama terbaru bertajuk Jangan Menangis Cinta yang akan menggandingkan pasangan Remy Ishak dan Amyra Rosli.
Drama Jangan Menangis Cinta akan tayang di slot Megadrama Astro Ria merupakan drama yang diadaptasi dari Novel Siti Rosmizah. Drama Jangan Menangis Cinta 40 episod, dan mungkin akan tayang pada tahun 2022, mari sama-sama kita tunggu.
JANGAN MENANGIS CINTA
- Episod: 40
- Tarikh Tayangan: Mac 2022
- Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
- Rangkaian: MegaDrama Astro Ria
- Skrip: Wan Mahani Wan Hassan
- Pengarah: Raja Mukhriz
- Produksi: SR One Sdn Bhd
Drama Jangan Menangis Cinta |
Pelakon Jangan Menangis Cinta
- Remy Ishak sebagai Zafran
- Amyra Rosli sebagai Riyana
- Halim Radzi sebagai Hariz
- Rita Nadira sebagai Dina
- Khaty Azian sebagai Puan Sabrina
- Fadilah Mansor sebagai Datin Seri Raziah
- Ku Fridah sebagai Puan Seri Latifah
- Rahim Jailani sebagai Dato Seri Jaafar
- Atilia Haron sebagai Amirah
- Hawra sebagai Cinta Aryana
- Hilal Azman sebagai Pak Nordin
Pelakon Jangan Menangis Cinta |
Sinopsis Novel Jangan Menangis Cinta
Novel Jangan Menangis Cinta mengisahkan tentang ketabahan Riyana membesarkan seorang anak cacat bernama Cinta Aryana. Walau dicerca, Riyana tetap kuat membesarkan Cinta. Bukan sahaja disingkir keluarga mertua, lebih parah dibuang emak kandung juga dibenci suami sendiri gara-gara anak yang tidak sempurna.
Apakah kesudahan hidup Riyana? Adakah Riyana akan kekal bersama Zafran atau akan muncul Hariz, cinta pertamanya yana akan menyelamatkan suasana atau Zul yang akan membantunya? Cepat dapatkan novel ini untuk tahu kesudahannya.
Jangan Menangis Cinta |
Jangan Menangis Cinta |
Jangan Menangis Cinta |
Jangan Menangis Cinta |
Jangan Menangis Cinta |
Sinopsis Jangan Menangis Cinta
Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.
Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.
Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.
Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.
Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!
Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.
Post a Comment for "Jangan Menangis Cinta Sinopsis "