Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jangan Pernah Lupakan Aku Sinopsis

Jangan Pernah Lupakan Aku Sinopsis
Jangan Pernah Lupakan Aku Sinopsis


Drama Jangan Pernah Lupakan Aku merupakan adaptasi daripada novel Bahasa Inggeris, 'Don’t Forget To Remember' oleh Sonia Mael.

Drama Jangan Pernah Lupakan Aku bakal menemui penonton mulai 6 November ini, setiap Khamis hingga Sabtu, pukul 8.00 malam di TV2.  


Info Jangan Pernah Lupakan Aku

  • Judul : Jangan Pernah Lupakan Aku
  • Episod : 26
  • Tarikh Tayangan : 6 November Ini
  • Waktu Siaran : Khamis-Sabtu, 8.00 Malam
  • Rangkaian : Tv2 (Rtm)
  • Penulis Skrip : Eja Lorena
  • Pengarah : Amzari Amir
  • Produksi : Wayang Tinggi Produksi Sdn Bhd


Pelakon Jangan Pernah Lupakan Aku

  • Julia Farhana Marin
  • Bong Wei Jian
  • Dini Schatzmann
  • Idham Maulana
  • Zera Hariz
  • Silfeny Osman
  • Susan Lankester
  • Bohari Ibrahim
  • Noralbaniah
  • Zuraini Kassim
  • Sharifah Anthasha
  • Ikhwan Khairudin
  • Norlie Tamam
  • Sasha Liiv


Watak Pelakon Jangan Pernah Lupakan Aku

  • Julia Farhana Marin sebagai Ariana
  • Bong Wei Jian sebagai Jeremy Crawford
  • Silfeny Osman sebagai Azizah
  • Zera Hariz sebagai Jasmin
  • Susan Lankester sebagai Mrs. Crawford
  • Bohari Ibrahim sebagai Tok Ishak Gajah
  • Zuraini Kassim sebagai Pak Man
  • Sharifah Anthasha sebagai Mak Ida
  • Ikhwan Khairudin sebagai Johan
  • Sasha Liiv sebagai Marion


Sinopsis Jangan Pernah Lupakan Aku

Pelakon Jangan Pernah Lupakan Aku Sinopsis
Pelakon Jangan Pernah Lupakan Aku Sinopsis


Ariana yang baru tamat SPM sedang menunggu tawaran kemasukan ke mana-mana university. Dia sangat meminati Bahasa Inggeris. Ke mana saja dia pergi dia pasti akan dibawa kamus (mini dictionary) bersamanya. Ariana merupakan cucu kesayangan Tok Ishak Gajah yang sangat disegani di kampung tersebut. Ariana juga sangat disenangi oleh orang kampung kerana sikapnya yang peramah dan bijak serta tidak meninggi diri.


Selepas tamat SPM, Ariana telah mendapat tawaran sambung pengajian di sebuah Universiti swasta di Kuala Lumpur dalam bidang Bahasa Inggeris. 


Di universiti, Ariana telah bertemu dan jatuh cinta dengan pemuda berlainan bangsa berasal dari Australia iaitu Jeremy Crawford. Jeremy berasal dari keluarga yang kaya raya. Hubungannya dengan Ariana ditentang oleh ibunya, Mrs. Crawford yang akhirnya mengambil tindakan melalui pembohongan dan penipuan yang licik, yang menyebabkan Ariana membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.


Pasangan kekasih ini berpisah begitu lama, namun cinta mereka tidak padam, sehinggalah sahabat karib mereka iaitu Ned pemuda yang berasal dari Uzbekistan yang juga pernah menaruh hati terhadap Ariana dulu tetapi terpaksa mengorbankan cintanya sendiri akhirnya membantu mempertemukan mereka kembali.


Pertemuan pertama kali antara kedua kekasih ini amat mengharukan. Jeremy diterima dengan mesra oleh keluarga Ariana. Setelah Jeremy dengan rela hati memeluk agama Islam, mereka diijabkabulkan mengikut adat tempatan.


Apabila suaminya membawa Ariana berjumpa, ibu Jeremy. Mrs. Crawford masih mencuba berbagai-bagai cara untuk memisahkan mereka berdua dan tidak menerima Ariana sebagai menantu.