Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kerana Dia Suka Sinopsis

Kerana Dia Suka Sinopsis
Kerana Dia Suka Sinopsis


Nantikan Drama Kerana Dia Suka  adaptasi dari novel  'Kerana Dia Suka' karya Marissa di TV3.  Drama Kerana Dia Suka  bakal menampilkan lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira. Drama araham Kyoll Hamzah, terbitan Zeel Production Sdn Bhd.


Info Drama Kerana Dia Suka  

  • Judul : Kerana Dia Suka
  • Episod : -
  • Tarikh Tayangan : -
  • Waktu Siaran : Rabu-Sabtu, 9:00 Malam
  • Rangkaian : Lestary Tv3
  • Skrip : Mufid Suhaimi, Next Scene Team 
  • Pengarah : Kyoll Hamzah
  • Produksi : Zeel Production Sdn Bhd

Pelakon Kerana Dia Suka  

  • Fikry Ibrahim
  • Rita Nadira
  • Trisha Ooi
  • Nasha Aziz
  • Riz Amin
  • Mimi Ernida
  • Nina Smith
  • Nafiez Zaidi
  • Rozita Che Wan
  • Fendi London
  • Halmey Hamdah
  • Ezany Nizarif
  • Nadia Kesuma


Watak Pelakon Kerana Dia Suka  

  • Fikry Ibrahim sebagai Idham
  • Rita Nadira sebagai Wardina 
  • Trisha Ooi sebagai Zaimah
  • Nasha Aziz sebagai Seha
  • Riz Amin sebagai Ijol
  • Mimi Ernida sebagai Aida
  • Nina Smith sebagai Nurlisa
  • Fendi London sebagai Haji Budin


Sinopsis Kerana Dia Suka

Pelakon Kerana Dia Suka Sinopsis
Pelakon Kerana Dia Suka Sinopsis


“Tapi saya nak awak percaya yang saya benar-benar tak bersalah. Saya tetap cintakan awak sampai saya mati.”


Itu kata-kata Sufian, tunangnya apabila baru saja kena tangkap khalwat dengan Aida. Lagi

kurang sebulan saja majlis perkahwinan mereka, tapi kini semuanya tinggal kenangan.

Rasa tawar hati itu membawa Wardina ke bumi Kundasang bersama teman baiknya, Zaimah.

Tak sangka, dia dipertemukan dengan lelaki serabut alam bernama Idham. Serupa perompak punya. Tapi lelaki itu memang sesuatu.


“Aku rasa lelaki tu minat kaulah.”

“Merepek!”


Wardina menolak sekerasnya namun Zaimah tetap dengan pendiriannya. Dan akhirnya Idham menjelaskan statusnya.


“Saya dah bertunang.” - Idham


Sumpah, Wardina takkan terlibat dengan milik orang. Dia sudah rasa sakitnya apabila calon suami yang diharapkan dirampas orang lain. Terus dia letakkan jarak pada hubungan mereka.


Namun, Idham seolah-olah lupa pada status yang disandangnya. Diajaknya Wardina keluar makan bersama, malah sampai pernah bermalam di rumah keluarga Wardina di kampung.

Ajaibnya, semakin lama, hati Wardina kian terpaut pada lelaki serabut alam itu.

“Awak tak risau ke tunang awak nampak? Tak pasal nanti putus tunang terus.” -Wardina

“Dia tak kesah pun. Selama ni dia langsung tak hiraukan saya. Entah suka atau tidak dengan pertunangan ni.” - Idham


Namun satu pengakuan dari bibir Idham buat Wardina bagai tersedar daripada mimpinya.

“Saya ingat nak putuskan pertunangan saya.” -Idham

“Apa?” – Wardina

“Ya, saya nak putuskan pertunangan saya. Saya dah tak sanggup nak teruskan. Tak guna kalau saya tak ada hati langsung dengan dia.” – Idham


“Kenapa baru sekarang awak buat keputusan tak nak teruskan pertunangan awak?

Kenapa tak dari mula lagi?” – Wardina


“Saya cuba untuk menerima dia sebab masa tu saya tak ada sesiapa tapi sekarang saya rasa saya dah jatuh cinta dengan seorang gadis.”- Idham


Tiba-tiba Wardina rasa cukup lega. Sesungguhnya Idham dengan dia sekadar sebatas teman. Tak lebih dari itu. Dia lega kerana dia takkan jadi pihak ketiga sama sekali kerana Idham sudah jatuh cinta dengan gadis lain. Atau mungkin dia orang keempat atau kelima. Malangnya perasaan lega itu bersulam perasaan kesal. Ya, kesal kerana telah jatuh hati pada lelaki serabut alam itu!


Post a Comment for "Kerana Dia Suka Sinopsis"