Biodata Zul Ariffin
![]() |
Biodata Zul Ariffin |
Biodata Zul Ariffin
Zulkifli bin Ariffin lahir 25 Oktober 1986 ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi watak pembantu dalam siri drama Awan Dania dan kemudiannya beralih ke watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran di RTM, Gerak Khas sehingga drama itu direhatkan pada 2011.
Beliau juga pernah dikecam akibat tular sebuah video beliau melancap dan menjadi perhatian ramai. Beliau membuat kemunculan filem pertamanya menerusi watak ASP Zam dalam filem Evolusi KL Drift 2 pada 2010.
Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Kejayaan drama ini membawa gandingan kali kedua beliau bersama Ayda menerusi drama M.A.I.D di Astro Ria. Menerusi Festival Filem Malaysia ke-26, beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki menerusi persembahannya dalam filem Penanggal.
Kehidupan Awal Zul Ariffin
Beliau dilahirkan pada 25 Oktober 1986 di Taiping, Perak dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik kepada ibu bapanya, Ariffin Hassan dan Robiah Nasir,beliau mempunyai dua kakak dan seorang abang serta berdarah kacukan Melayu dan Belanda. Bercita-cita untuk menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tetapi malangnya beliau tidak layak akibat kecederaan patah di bahu.
Beliau meninggalkan kampung halamannya di Taiping bagi mencari kerja di ibukota Kuala Lumpur dan ditawarkan bekerja sebagai barista di sebuah kafe bernama Dome Café di ibu negara, pada usia 18 tahun. Beliau kemudiannya mengambil latihan sebagai model fesyen dan mula mengambil bahagian dalam beberapa pertunjukan fesyen.
![]() |
Biodata Zul Ariffin |
Kehidupan Peribadi Zul Ariffin
Kehidupan peribadi Zul banyak diperkatakan oleh media kerana sebelum ini beliau dikatakan pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan pelakon seangkatannya dalam Gerak Khas, Abby Abadi pada ketika pelakon itu memfailkan perceraiannya dengan Norman Hakim pada 2009.
Bagaimanapun hubungan mereka berakhir pada 2012 dan masing-masing membawa haluan.Beliau dikaitkan pula dengan penerbit filem terkenal Gayatri Su-Lin Pillai, bos syarikat Tayangan Unggul dan dikatakan sering berhubungan dengan penerbit filem itu dan hubungan mereka juga tidak kesampaian, Zul memilih untuk memutuskan perhubungannya dengan Gayatri yang masih membujang dan belum berkahwin.
Pada tahun 2015, beliau dikhabarkan menjalin hubungan dengan pelakon baru, Zahirah MacWilson yang juga anak kepada bekas penyampai berita TV3, Zainol MacWilson.Beliau lebih suka tidak bercerita berkenaan hal peribadinya berbanding dengan kerjayanya.Bagaimanapun, hubungan mereka berakhir pada 2018 dan masing-masing membawa haluan. Ibu beliau, Robiah Nasir meninggal dunia pada 5 Disember 2017 akibat penyakit jantung.
Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon Ashraf Sinclair (Allahyarham). "Saya kenal arwah sudah lama, sebelum kami terjun dalam industri seni. Selepas lama berkawan, kami berpeluang berlakon bersama dalam filem J Retribusi. Saya lihat arwah periang dan sangat baik. Beruntung siapa yang dapat mengenali dirinya.
Beberapa Drama Yang Dilakonkan Oleh Zul Ariffin
2008 Apa Itu Cinta, Astro Prima
2009 Yusuf TV3
2009 Segalanya Ku Terima, TV3
2009 Jodoh Oh Jodoh, Astro Warna
2009 Gerak Khas, TV2
2010 Mayang Mengurai, TV3
2010 Tudung Ekspres,m Astro Prima
2010 Tiramisu, TV3
2011 Moreh, Astro Oasis
2011 Hilang, TV9
2011 Laila Manja, TV3
2011 Karma, TV9
2012 Karma, TV9
2012 Cikgu Kemisah Kirby (Musim 1), TV2
2012 Anak Raja Dongeng , TV2
2012 Lagenda Langkawi, TV2
2012 Terlanjur Cinta, TV9
2013 Cikgu Kemisah Kirby (Musim 2), TV2
2013 Janji Adam, TV3
2013 Luluhnya Sebuah Ikrar, TV9
2013 Firdausi Cinta, TV1
2013 Debunga Lalang, TV3
2013 Jodoh Itu Milik Kita, Astro Mustika HD
2013 Sangkar, TV9
2014 Rindu Awak 200%, TV3
2014 Istikharah Cinta, TV3
2014 Walau Sedetik Cuma, TV AlHijrah
2015 M.A.I.D, Astro Ria
2016 Uda & Dara, Astro Prima
2017 Menanti Februari, TV3
2017 Titian Cinta, TV3
2018 Mr. London, Ms. Langkawi, Astro Warna
2018 Ti Amo, Sweetheart 100 Hari, Astro Ria
2018 Seribu Rindu, TV3
2019 Setelah Ku Dimiliki, TV3
2020 Bidadari Kiriman Tuhan, Astro Ria
2020 Ryan Aralyn, TV3
2021 Diva Popular, Awesome TV
2021 Love Elsa, Astro Ria
2021 Wifi Sebelah Rumah, Disney+ Hotstar
2021 Budak Intern. TV9
2022 Tarik Aku Ke Syurga TV3
2022 `Perempuan Itu, TV3
Post a Comment for "Biodata Zul Ariffin"