Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cheritera Sinopsis

Cheritera Sinopsis


Sitcom Cheritera diinspirasikan dari kisah dongeng Bawang Merah Bawang Putih akan mula di siarkan di TV9 pada 11 Disember 2021, setiap Sabtu, jam 8:30 malam.


Cheritera

  1. Episod: 13
  2. Tarikh Tayangan: 11 Disember 2021
  3. Waktu Siaran: Sabtu, 8:30 malam 
  4. Rangkaian: TV9 slot Dramedy 
  5. Skrip: Adza Irdawati (konsep asal), Adza Emie dan  Adza Haiqal
  6. Pengarah: Dato' Jurey Latiff Rosli
  7. Produksi: Threefive Production Sdn Bhd


Watak Pelakon Cheritera

Pelakon Cheritera Sinopsis
Pelakon Cheritera 


  1. Jabir Meftah sebagai Hang Zaim
  2. Shalma Eliana sebagai Luna / Merah
  3. Bella Dowanna sebagai Puteri Bella
  4. Saedah Kamaruddin sebagai Puteri Leya
  5. Man Belon sebagai Prof Matias
  6. Erul Samah sebagai Hang Ming
  7. Mira Natasha sebagai Maya
  8. Yamani Abdillah sebagai Badrul 
  9. Ayu sebagai Kasih
  10. Ewan Fauzi sebagai Petro
  11. Syed Norrizman sebagai Wan Kecut
  12. Farisha Irish sebagai Dayang Suraya
  13. Nina Fazurina sebagai Bawang Putih
  14. Ziema Din sebagai Bawang Merah
  15. Vanidah Imran sebagai Nenek Kebayang 
  16. Ziana Zain sebagai Puteri Gunung Ledang
  17. Amir Raja Lawak sebagai Dr Bayang 
  18. Salman sebagai Tuan Dino


Sinopsis Cheritera

Pelakon Cheritera Sinopsis


Pernahkah anda membayangkan kesinambungan kisah Bawang Merah dan Bawang Putih selepas Bawang Putih berkahwin dengan Putera Raja? Adakah Bawang Merah akan  berdamai dengan Bawang Putih ataupun terus berdendam walaupun sudah mempunyai anak? Ketahui apakah yang akan berlaku pada mereka di zaman moden ini. 


Bawang Putih selamat menikahi Putera Raja iaitu Raja Nazari. Mereka hidup bahagia dengan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Bella yang sudah meningkat dewasa dan menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Perwatakan Puteri Bella yang nakal sangat berbeza dengan ibu bapanya. Di kolej, Puteri Bella telah bertemu dengan Luna. Walaupun Luna tidak buat jahat padanya, Puteri Bella amat membencikan Luna. 


Semuanya terungkai kerana Luna ialah anak kepada Bawang Merah. Setelah lama menjejaki Bawang Putih, Bawang Merah sengaja mendaftarkan Luna di kolej yang sama dengan Puteri Bella. Hasrat Bawang Merah ialah mahu menghuru-harakan kehidupan Puteri Bella. Namun, ia sukar direalisasikan kerana Luna seorang yang sangat baik hati dan tidak bersetuju dengan ibunya yang masih mahu membalas dendam. Konflik bertambah selepas kemunculan Hang Zaim dari keturunan Hang Tuah yang telah menaruh hati dengan Luna dan pada masa yang sama Puteri Bella pula bersungguh-sungguh memisahkan hubungan mereka berdua.

Pelakon Cheritera Sinopsis

Pelakon Cheritera Sinopsis

Pelakon Cheritera Sinopsis


Post a Comment for "Cheritera Sinopsis "