Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Saat Kau Takluk Cinta Ini TV 3

Saat Kau Takluk Cinta Ini
Saat Kau Takluk Cinta Ini 


Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini akan tayang 20 20 Disember 2021 yang merupakan drama adapatsi dari novel yang berjudul Saat Kau Takluk Cinta Ini. Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini menampilkan gandingan pelakon Idris Khan dan Intan Najuwa. Drama terbitan Kembara Sufi Sdn Bhd, diarahkan oleh Zamri Zakaria, nukilan skrip oleh Eja Lorena. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3. 


Saat Kau Takluk Cinta Ini

Pelakon Saat Kau Takluk Cinta Ini
Pelakon Saat Kau Takluk Cinta Ini 


  1. Episod: 15
  2. Tarikh Tayangan: 20 Disember 2021
  3. Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10.00 malam
  4. Rangkaian: Samarinda TV3
  5. Penulis Novel: Sara Hezra
  6. Penulis Skrip: Eja Lorena
  7. Pengarah: Zamri Zakaria
  8. Produksi: Kembara Sufi Sdn Bhd


Watak Pelakon Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini 

  1. Idris Khan sebagai Rahhal Taufiq
  2. Intan Najuwa sebagai Haira Melissa
  3. Wafariena Roslan sebagai Kamelia
  4. Shakilla Khoriri sebagai Khadijah
  5. Syazwan Zulkifly sebagai Fakhril
  6. Wan Maimunah sebagai Hajah Jamiah
  7. Farhan Asri sebagai Rafael
  8. Jasmin Hamid sebagai Datin Normah
  9. Edika Yusof sebagai Dato Zhar
  10. Aleza Shadan sebagai Mak Long Nisah
  11. Zarynn Min sebagai Mak Ngah Damah
  12. Qazem Nor sebagai Hamad
  13. Raja Baizura sebagai Puan Sally
  14. Jeri Ariffin sebagai Dato Harlan
  15. Zul Salleh sebagai Tuan Ariffin
  16. Raja Azmi sebagai Mak Jah
  17. Ariell Izz sebagai Faizal
  18. Asyiqin Zaed sebagai Nelly
  19. Nurhazirah Zulkifli sebagai Syasya
  20. Sri Idrina sebagai Ezaty
  21. Abdul Hadi Ibrahim sebagai Azwan
  22. Saifullah Mohd Ghazali sebagai Gazi


Lagu Tema (OST) Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini 

Takluk Cinta - Hafiz Suip

Takdir - Aliff Iskandar

Hebatnya Rasa Bercinta - Lakaa Idris


Sinopsis Saat Kau Takluk Cinta Ini

Saat Kau Takluk Cinta Ini TV 3
Saat Kau Takluk Cinta Ini TV 3


Mengisahkan Haira Melissa telah dibuang keluarganya apabila dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia membawa diri ke sebuah kampung mencari kawannya tapi dia telah sesat dalam keadaan hujan yang lebat. Haira berteduh di sebuah pondok dalam kebun pisang. Dari situ, bermulalah pertemuan Haira dengan Rahhal.


Rahhal seorang pemuda kampung yang berpelajaran tinggi berkelulusan luar negara. Rahhal telah mendapat tawaran kerja yang bagus di ibu negara, tetapi dia mengorbankan cita-citanya apabila ibunya, Hajah Damiah telah diserang strok. Rahhal membuat keputusan untuk menjaga ibunya dan menguruskan tanah kebun pisang dan kolam ikan milik keluarganya itu.


Rahhal dan ibunya, Hajah Damiah telah dihalau keluar dari rumah pusaka arwah Tok Wan Damit oleh Mak Long Nisah dan anaknya Fakhril yang sangat berdendam dengan Rahhal sejak dari kecil. Fakhril mempunyai niatnya tersendiri untuk menjatuhkan Rahhal. Haira tersentuh dengan keikhlasan Rahhal yang sering mengambil berat tentangnya.


Apabila Rahhal melamarnya, Haira menerima tetapi dia sebenarnya mempunyai sebuah rahsia yang disimpan rapi. Adakah ia akan mengancam mahligai cinta yang dibina oleh Rahhal dan Haira?


Sinopsis Novel Saat Kau Takluk Cinta Ini

Rahhal yang tak ada pilihan, perlu meninggalkan kerjayanya dan balik ke kampung apabila emaknya jatuh sakit. Namun kepulangannya tidak disenangi Fakhril. Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya.


Rahhal tidak mudah mengalah. Tetap kental, dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan.


Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula disapa cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta tidak bias kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh.


Sedang mereka didakap hangat asmara, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang memugar di hatinya berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira.


Namun kata Haira, dia terpaksa. Dia mungkin berbohong banyak perkara tapi dia tidak pernah membohongi rasa cintanya.


Rahhal memutuskan untuk berhenti menyinta. Haira berikrar untuk terus bertahan setia. Rahhal penuh dendam, Haira terus sulit memendam.


Jiwa dan raga terpisah namun saat takdir mempertemukan mereka kembali, tegakah mereka bersua untuk kali kedua? Mampukah Rahhal menghulur maaf atau dia dia yang perlu meraih sebuah kemaafan seorang Haira Melissa?