Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sayang Tak Dikenang

Sayang Tak Dikenang

Drama adaptasi novel terbaharu, bertajuk Sayang Tak Dikenang akan menemui penonton pada tahun 2022 di slot Akasia TV3. Pelakon utama drama ini, Ruhainies dan Fadlan Hazim.

Sayang Tak Dikenang

Sayang Tak Dikenang

Sayang Tak Dikenang

Sayang Tak Dikenang


Sinopsis Sayang Tak Dikenang

Pertemuan yang tidak disengajakan sewaktu pesta buku di PWTC telah menemukan Ayu Izzhani dan Raqib. Tidak semena-mena Ayu menjadi tunang sementara Raqib ketika lelaki itu diserang oleh Camelia.

Namun pada saat Ayu berjumpa dengan tunangannya itu, sahabat sejatinya, Hattin juga bertemu dengan pilihan hati, Tafzani setelah hampir beberapa tahun hati Hattin tidak dihuni gara-gara peristiwa hitam yang membuatkan hatinya bernanah.

Musim bunga mula mekar dalam hati Hattin. Namun langit tidak selalunya cerah. Ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan episod kebahagiaan dua sahabat ini berubah kepada suatu peristiwa yang penuh duka dan tragis.

Pada masa yang sama, Erick yang selama ini menyukai Ayu Izzhani datang menagih janji dan Raqib yang disayangi Ayu Izzhani mula membuat onar. Sementelah pula Tafzani seakan-akan mempunyai agenda yang tersembunyi sehingga menyebabkan renggangnya hubungan persahabatan di antara Ayu Izzhani dan Hattin. 
Bertahankah hubungan persahabatan itu? Dan apakah sebenarnya yang disembunyikan oleh Tafzani?
Drama Sayang Tak Dikenang adaptasi novel karya Wazrul Shah akan mengisi slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan utama Fadlan Hazim dan Ruhainies. Terbitan FJ Pictures dibawah arahan Feroz Kader.


Sayang Tak Dikenang

  • Episod: 28
  • Tarikh Tayangan: 2022
  • Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
  • Rangkaian: Akasia TV3
  • Penulis Skrip: Shida Zali, Amin Shakib, Mia Marziah
  • Pengarah: Feroz Kader
  • Produksi: FJ Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon Sayang Tak Dikenang


  1. Fadlan Hazim sebagai Raqib Tafzani
  2. Ruhainies sebagai Ayu Izhani
  3. Ezzanie Jasny sebagai Hattin Isabella
  4. Syafnida Shuhaimi sebagai Camelia
  5. Andy Teh sebagai Erick
  6. Riz Amin sebagai Omar
  7. Meor Mohd sebagai Aakif
  8. Mimie Amirah sebagai Nazneen
  9. Jasmine Ashraff sebagai Asmidar
  10. Kak Girl sebagai Roslaini 

Post a Comment for "Sayang Tak Dikenang"