Biodata Fattah Amin Aktor Malaysia
Biodata Fattah Amin - Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah bin Mohd Amin (lahir 14 September 1990) ialah seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Dia mula mendapat kemasyhuran sebagai juara Wira Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranannya sebagai watak utama seperti dalam drama Playboy Itu Suami Aku sebagai Raja Adrian Benjamin. Beliau juga dikenali menerusi watak Inspektor Haikal dalam Gerak Khas, Kapten Ejaz Fakhri dalam Suri Hati Mr Pilot dan Tengku Ian Uzzam dalam A Cinderella's Hero.
Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 14 September 1990 Masihi bersamaan 24 Safar 1411 Hijrah dan dibesarkan di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Keluarganya berasal dari Selangor dan kini menetap di Shah Alam.
Beliau mendapat pendidikan awal di SMK Desa Tun Hussein Onn dan kemudian di Universiti Teknologi MARA dan Universiti Utara Malaysia dengan ijazah dalam Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif. Dia merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Antara kakaknya ialah Farhana dan Farhan.
Kepada pasangan Mohd Amin bin Musa (lahir 7 Jun 1966) dan Azizah binti Abdul Ghani (lahir 30 Ogos 1968), Selain daripada kerjaya seni, beliau juga aktif menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan kafe bernama Stalkers Cafe dan gimnasium Expendable Gym. terletak di Kota Damansara. Fattah turut melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.
Fattah Amin
- Kelahiran: Abdul Fattah bin Mohd Amin 14 September 1990 (umur 30).
- Setiawangsa, Kuala Lumpur, Malaysia.
- Pendidikan: Diploma Pengurusan Industri Kreatif.
- Pusat pendidikan: Universiti Teknologi MARA (UITM), Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Pekerjaan: Pelakon, penyanyi, pengacara,model, duta, dan usahawan.
- Tahun aktif: 2011–kini.
- Ketinggian: 1.83 m.
- Pasangan: Nur Fazura.
- Anak: 1
- Ibu bapa: Mohd Amin Musa (bapa), Azizah Abdul Ghani (ibu)
- Saudara: Farhan (adik).
- Farhana (adik).
- Raihan (adik).
- Intan (adik).
- Kerjaya muzik:
- Genre: Pop.
- Instrumen:Vokal
- Tahun aktif: 2013–kini
- Pengkarya berkait: Aizat Amdan, Anas Amdan, Mel Ramlan, Fazura, Alvin Chong.
Post a Comment for "Biodata Fattah Amin Aktor Malaysia"