Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Do You Love Me Sinopsis

Drama Do You Love Me Captain tayang 13 April 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di TV3. Turut ditayangkan di platform penstriman Disney+ Hotstar.

Drama Do You Love Me Captain 25 episod terbitan Creative Skill Solution, diarahkan oleh Adam Hamid. Drama Do You Love Me Captain Menampilkan pelakon utama Ali Reza dan Sharifah Rose. 

Drama Do You Love Me
Drama Do You Love Me


Do You Love Me Captain

  • Episod: 25
  • Tarikh Tayangan: 13 April 2022
  • Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam 
  • Rangkaian: Lestary TV3 / Disney+ Hotstar
  • Nevelis: Sophilea
  • Penulis Skrip: Ain
  • Pengarah: Adam Hamid
  • Produksi: Creative Skill Solution
  • Pelakon: Ali Reza, Sharifah Rose, Azim Yusof, Hazeeq Dean, Noniswara, Faye Kusairi, Syainie Shuhaimi, Zuhairi Ibrahim, Kartina Aziz, Yasmin Khalid, Daniel Fong, Izzendra, Tisya, Asyrf Nasir, Ayuni Hashim


Watak Pelakon Do You Love Me Captain

  1. Ali Reza sebagai Captain Darish Dzaqrie
  2. Sharifah Rose sebagai Captain Daneena Durra
  3. Noniswara sebagai Dr Anis 
  4. Faye Kusairi sebagai Harlina
  5. Syainie Aida sebagai Zara
  6. Hazeeq Dean sebagai Hakim
  7. Azim Yusof sebagai Idlan
  8. Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Kamarul
  9. Kartina Aziz sebagai Tok Mama
  10. Yasmin Khalid sebagai Amilia
  11. Daniel Fong sebagai Adam


Sinopsis Do You Love Me Captain

Daneena melarikan diri daripada rancangan jahat mak ciknya dan menyembunyikan diri dalam sebuah rumah banglo di atas bukit miliki Darish, kapten TUDM. Demi menjaga maruah Darish dan juga menyembunyikan identiti sebenar Daneena daripada pengetahuan orang luar, mereka berdua berkahwin supaya Daneena dapat meneruskan hidupnya sebagai orang gaji di rumah itu. Berjayakah rancangan mereka?

Crash landing on you? Huh! Mimpi sajalah semua itu. “Realitinya mana ada macam itu. Tiba-tiba jodoh datang dari langit. Drama itu semua khayalan… merepek saja. Semuanya melalaikan.” Kapten Darish Dzaqrie cuma menjeling saat sahabatnya leka dengan drama yang memaparkan kehidupan tentera Korea Utara itu.


“Jangan cakap sombong Darish.. takut esok jodoh kau keluar dari almari bilik.” 


Takdir Tuhan, tatkala pulang bercuti di rumah yang dibina berhampiran pantai, seorang wanita bersembunyi di dalam almari. 


“Awak keluar dari almari ini sekarang sebelum saya heret ke balai polis!” Entah berapa lamalah agaknya gadis yang bernama Daneena Durra ini menceroboh di kediamannya. Bukan tu saja. Dia jadikan rumah ini seolah-olah macam dia yang punya.


“Saya minta maaf, Tuan. Jangan bawa saya ke balai polis. Saya cuma… Saya cuma tumpang berteduh. Demi Allah saya tak ambil apa-apa barang pun dekat sini kecuali makanan dalam peti ais"


Saat hatinya tertanya-tanya siapa gadis ini, Daneena Durra tetap membisu seribu bahasa. Keluarganya muncul. Bakal isterinya muncul lalu Daneena diperkenalkan sebagai pembantu rumah.

Drama Do You Love Me


Saat di pejabat, hatinya mengingati Daneena. Masin mulut sahabatnya, jodoh dari almari. Daneena yang siapkan makan minum dia, Daneena yang berjaga tatkala dia demam. Daneena yang buatkan dia selalu mengukirkan senyuman dan tawa.


“Siapa awak Daneena?”

“Siapa saya… anggap sahaja takdir yang bawa saya ke sini.”

 

Tapi satu hari saat dia pulang kembali ke rumah percutiannya, saat hatinya dicuri gadis itu, Daneena sudah pergi. Cuma ada nota ditinggalkan. Dan ayat ini…


Do you love me, Captain?


Darish tahu dia harus mencari Daneenanya yang misteri. Jatuh cinta itu bukan mudah tapi dia yakin pada takdirnya. Tunggu saya Daneena Durra kerana awak adalah takdir saya.

Post a Comment for "Drama Do You Love Me Sinopsis"