Drama Segenap Takdir Sinopsis
Drama Segenap Takdir - Nantikan drama adaptasi novel Segenap Takdir karya Tina Derika akan mengisi slot Samarinda TV3. Drama Segenap Takdir bersiri 15 episod terbitan A-Ten Alliance Sdn Bhd dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Menampilkan pelakon seperti Siti Khadijah Halim, Niezam Zaidi, Zara Zya dan Nabil Aqiln.
Drama Segenap Takdir
- Episod: 15
- Tarikh Tayangan: Mei 2023
- Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
- Rangkaian: Samarinda TV3
- Penulis Skrip: Rina Khan, Sherry Khan
- Pengarah: Eoon Shuhaini
- Produksi: A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd
Watak Pelakon Segenap Takdir
- Siti Khadijah Halim sebagai Haryani
- Niezam Zaidi sebagai Azlan
- Zara Zya sebagai Nadira
- Nabil Aqil sebagai Faisal
- Sharifah Shahora sebagai Maimun
- Azizah Mahzan sebagai Nek Yah
- Watie Sadali sebagai Salmi
- Haleeda sebagai Mak Asmah
- Aqeesh Aleeya sebagai Hanim
- Saiful Wazien sebagai Budin
Sinopsis Drama Segenap Takdir
Bagi Haryani cinta itu mudah untuk digapai. Asalkan kena taktik halus pasti beres. Azlan! Itu misinya. Dia tak peduli kalau orang lain mengata. Dia juga tak hirau akibat yang bakal ditanggung oleh emaknya, Puan Maimun, Hukuman-Nya, lagilah dia sengaja lupa.
Demi nyawa tunangannya yang sedang koma, Azlan terpaksa terima Haryani sebagai isteri pertama. Pun begitu, dia tetap tepati janjinya untuk menikahi Nadira apabila dengan izin-Nya gadis itu kembali sedar.
Satu peristiwa berlaku menjadi punca Haryani terkenang akan dosa. Daripada jahil, Haryani mula mencari Tuhan. Namun, ketenangan yang diharap, sakit pula yang dihadap. Pedih! Apabila digelar sebagai insan munafik.
“Jangan gunakan tudung sebagai alasan nak tutup perangai buruk tu. Aku takkan terpikat.” – Azlan
Tulus dengan diri yang ingin berubah meski liku menguji hasil daripada sikapnya yang terdahulu. Hijrah Haryani itu mendatangkan kesan buat Faisal. Di setiap kesukaran itu, terungkai satu per satu hikmah yang mengajarnya erti kebahagiaan.
Namun, dugaannya tidak pernah ringan. Haryani dituduh pula bersalah atas kecelakaan yang menimpa Nadira. Allahu!
‘Allah SWT tak pernah terhadkan satu jalan untuk manusia berubah. Allah juga tak sediakan pintu syurga tu hanya sebuah.’
Jadikan hidup ini ada rasa kehambaan, rasa bertuhan dan fahami makna Segenap Takdir ujian.
Post a Comment for "Drama Segenap Takdir Sinopsis"