Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan - Sinopsis

Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan
Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan


Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan - Nantikan drama terbaru yang diadaptasi dari novel Bukan Puteri Lindungan Bulan karya Liana Afiera Malik akan datang pada bulan ramadan ini di slot Samarinda TV3. Drama bersiri 40 episod terbitan Global Station Sdn Bhd diarahkan oleh Pali Yahya. Dibintanggi oleh Janna Nick, Hisyam Hamid, Amar Baharin, Niena Baharun, Afifah Nasir, Shah Iskandar dan ramai lagi.

Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan
Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan


Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan

  • Episod: 40
  • Tarikh Tayangan: Mac 2023
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • Rangkaian: Samarinda TV3
  • Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar
  • Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
  • Produksi: Global Station Sdn Bhd
Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan


Pelakon Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan

  • Hisyam Hamid
  • Janna Nick
  • Amar Baharin
  • Niena Baharun
  • Afifah Nasir
  • Shah Iskandar
  • Zarina Zainuddin
  • Azhar Amir
  • Nasz Sally
  • Danish Iskandar

Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan


Watak Pelakon Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan

  1. Janna Nick sebagai Lara
  2. Hisyam Hamid sebagai Zafir
  3. Amar Baharin sebagai Zakuan
  4. Niena Baharun sebagai Farah
  5. Afifah Nasir sebagai Sabrina
  6. Shah Iskandar sebagai Lukman
  7. Zarina Zainuddin sebagai Datin Fariza

Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan


Sinopsis Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan

Larasati Aisya seorang gadis yang berjiwa besar, hidup dalam penuh kemewahan tetapi penuh pancaroba. Lara terpaksa berhenti daripada pelajaran kerana perlu menguruskan perniagaan arwah bapanya. Ibunya, Datin Fariza telah berkahwin dengan sahabat rapat bapanya membuatkan Lara berjauh hati dan renggang dengan ibunya. Mempunyai teman lelaki bernama Zafir seorang yang penyayang serta sangat memahami diri Lara.

Lara mempunyai seorang abang iaitu Luqman Aliff (Luke). Perkahwinan Lukman Alif dengan Sabrina mencetuskan konflik antara Lara dan kakak iparnya itu yang digambarkan sebagai seorang yang materialistik serta curang. Lara amat tidak sebulu dengan beliau apatah lagi selepas Sabrina sama-sama bekerja di syarikat Lara. Sabrina mempunyai hubungan intim dengan Zakuan.

Peristiwa Lara diperkosa oleh Zakuan telah membawa kepada pernikahan Lara dan Zafir. Ketika mengandung muncul pula kekasih lama Zafir, Tengku Farah yang membawa kepada pernikahan mereka berdua. Kemuncak cerita Zafir terpaksa berpisah dengan Lara atas desakan Farah.