Drama Tentang Hati Dia TV 3
Drama Tentang Hati Dia TV 3 - Nantikan drama bersiri terbaru bertajuk Tentang Hati Dia yang diadaptasi dari sebuah novel berjudul 'Kapcai Girl Vs Encik Superbike' karya Bunga Amani akan mengisi slot Akasia TV3. Drama ini diarahkan oleh Amor Rizan, menampilkan Aliff Aziz dan Trisha Ooi sebagai pelakon utama.
Drama Tentang Hati Dia
- Episod: 28
- Tarikh Tayangan: 2023
- Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
- Rangkaian: Akasia TV3
- Penulis Skrip: Farhana Fauri
- Pengarah: Amor Rizan
- Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd.
![]() |
Pelakon Drama Tentang Hati Dia TV 3 |
Pelakon Drama Tentang Hati Dia
- Aliff Aziz
- Trisha Ooi
- Nafiz Muaz
- Amir Mirza
- Muaz Zabir
- Fazlina Ahmad Daud
- Aliah Lee
- Azza Elite
- Nina Smith
- Saidah Kamarudin
- Nurin Afiqah
- Nik Ramly Rejab
- Ziha Salleh
- Ieka Zulkifli
- Sazrin Aizul
- Laura Olivia
- Al-Rayyan Ho
Watak Pelakon Tentang Hati Dia
- Aliff Aziz sebagai Wafi
- Trisha Ooi sebagai Tiara
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Fatimah
- Saidah Kamarudin sebagai Shida
- Laura Olivia sebagai Cica
- Al-Rayyan Ho sebagai Fairuz
Sinopsis Tentang Hati Dia
Pertemuan yang tidak diduga itu puncanya. Punca terjadi sebuah ikatan. Ikatan yang berbelit, berselirat dan sukar hendak dilerai hingga menjadi ikatan suci yang tersimpul rapi.
Pergaduhan antara Tiara dan Syed Wafi gara-gara salah faham itu makin berpanjangan. Bagi Syed Wafi, dia mahu mendengar permohonan maaf dari bibir Tiara kerana menumbuk dan menampar wajahnya. Sebaliknya Tiara, tak kuasa mahu melayan kehendak lelaki yang dikenali dengan kaki mabuk itu. Bukankah yang bersalah itu Syed Wafi?
Namun entah dimana silapnya. Entah bagaimana pula episod permusuhan mereka itu berakhir lalu bertukar menjadi satu bab lain yang sukar hendak difahami Tiara sendiri. Bagaimanakah Syed Wafi yang tidak habis-habis mengungkap kata-kata benci dan mencemuhnya itu boleh bertukar menjadi suaminya? Bila majlis tunangnya? Bila pula mereka bercinta? Dan bila pula dia mengangguk ya menerima lamaran Syed Wafi?
Bagi Syed Wafi, benar Tiara tidak pernah tahu akan isi hatinya. Dan dia juga tidak pernah meluahkannya secara terbuka. Namun tidak terlewat baginya untuk mengakui bahawa Tiara wanita yang diidamkan menjadi suri hidupnya selama ini. Sikap buruknya terhadap wanita itu selama ini sekadar mahukan perhatian.
Namun bukan mudah untuk membina sebuah mahligai jika tiada teras yang kukuh. Cinta Tiara yang diharapkan Syed Wafi bukan sesuatu yang mudah. Namun sejauh mana sabar Syed Wafi demi mendapatkan cinta wanita itu? Apakah rahsia yang Tiara simpan sehingga membuatkan dia menolak rasa cinta itu bersungguh-sungguh?
Post a Comment for "Drama Tentang Hati Dia TV 3"